Tengku Aeris meraup mukanya berkali-kali. Panas hatinya apabila berhadapan dengan gadis itu.
Namun terbit suatu perasaan bersalah di dalam hatinya tatkala meninggalkan gadis itu keseorangan di jalan raya. Dengan hujan yang semakin lebat. Kesian dia.
"Arghhh apa aku cakap ni ! Dia memang layak kena tinggal macam tu", bantah Tengku Aeris.
"Jangan ris, dia tidak berdosa. Dia cuma mangsa dendam kau je. Kesian dia dahla human sekarang ni", bisik suatu suara.
"Alaaa padan dengan muka dia ! Orang macam dia tu sepatutnya kena layan macam tu baru sedar diri", bisik lagi suatu suara di telinganya.
Tengku Aeris dilanda kekeliruan sama ada ingin menyelamatkan gadis itu mahupun tidak.
"Heyy Aeris common lah ! Takkan nak kesahkan dia kot ? Dia bukannya penting pun pada kau ? Kau tak cintakan dia pun jadi buat apa kau nak pedulikan dia", hasut suara yang berbaur negatif itu lagi.
"Penting ke tidak dia itu isteri kamu Aeris. Dia tanggungjawab kamu. Bukankah tugas seorang suami itu melindungi isterinya dan bukannya menzalimi dia ?", pujuk suatu suara lagi.
Aeris mendengus. Dia akhirnya mengambil keputusan untuk berpatah balik demi menyelamatkan Aleesya. Ya dia tanggungjawab aku !
Stereng keretanya dibelok ke kanan. Pedal minyak ditekan selaju yang mungkin.
Pandangannya menjadi kaku saat dia memandang sekujur tubuh yang sedang terbaring di bahu jalan.
Ya Allah, tu Aleesya !
Tengku Aeris bergegas keluar lalu mendapatkan Aleesya yang sedang tidak sedarkan diri.
"Aleesya ! Bangun !", ujar Tengku Aeris mengoncangkan sedikit tubuh gadis itu. Dia tidak menunggu lama lalu mencempung tubuh gadis itu dan dibawanya memasuki kereta.
'Be strong Aleesya', desis Tengku Aeris. Kereta dipandunya dengan laju meluncur jalan raya.
🌻🌻🌻🌻🌻
"Macam mana keadaan dia Aryan ?", soal Tengku Aeris apabila mereka berdua berada di ruang tamu.
"Hm isteri kau demam je. Kena hujan lebat tu sebab badan dia panas sangat tu", balas Faiq Aryan.
"Ohh Alhamdulillah, nasib kau ada Aryan. Thanks bruh"
"No hal lah, aku kan memang doktor private kau selama ni"
Tengku Aeris tersenyum hambar.
"Btw macam mana luka dekat dahi dia tu boleh ada ? Weh kau buat apa dengan dia ha Ris ?"
"Ehh mana ada aku buat apa apa. Kepala dia yang terhantuk sendiri dekat dashboard kereta aku so salah dia lah bukan salah aku"
Faiq Aryan hanya menggelengkan kepalanya melihat perangai sahabatnya itu. Aeris bila kau nak berubah ?
"Salah dia ? Dia tu tanggungjawab kau kot ris so kau kenalah jaga dia elok elok. Kau tu dah jadi suami bukannya bujang lagi. Cuba lah bukakan hati kau tu untuk terima dia seadanya. Aku tengok si Aleesya tu baik budaknya lemah lembut, untung kau tahu tak dapat isteri macam tu haihh", bebel Faiq Aryan.
"Aku dengan dia kahwin paksa je pun. Aku tak suka dia dan dia pun tak suka aku so fair kan. Kau tak payah la nak kesiankan sangat dia tu sebab dia belum tunjuk belang dia yang sebenarnya lagi tu"
"Eleh tak suka konon, kau ingat aku tak tahu yang kau jealous masa aku balutkan luka kat dahi dia tadi ? Kalau kau tak suka dia, kau takkan panggil aku datang sini rawat dia. Kau sendiri pun tak sedar kan yang kau dah terjatuh hati dekat dia ?" Faiq Aryan menghirup airnya sambil menjeling tajam Tengku Aeris.
"Aku panggil kau datang sini sebab dia tu tanggungjawab aku je tak lebih daripada tu faham ? Karang aku apa-apakan anak dara orang, lain pulak ceritanya nanti"
"Haihh degil betul lah kau ni Ris. Orang kata bercinta lepas kahwin ni sweet tau so kau kena lah cuba. Jangan lepaskan peluang ni. Yang dah lepas tu lepas lah jangan nak ungkit lagi. Kesian Aleesya tu jadi mangsa keadaan"
Tengku Aeris hanya mendiamkan diri.
"Hm dah lah aku balik dulu. Tadi aku ada belikan bubur, nanti kau bagi lah dia makan lepastu bagi makan ubat yang aku bagi tu. Jangan sampai kau cekik dia pulak ! Ingat Ris, jaga dia elok elok"
"Hm yelah ", Tengku Aeris membalas hambar.
🌻🌻🌻🌻🌻
Tengku Aeris memandang wajah Aleesya yang kelihatan begitu pucat sekali. Jatuh perasaan simpatinya terhadap gadis itu.
"Aleesya. Wehh bangun", kejut Tengku Aeris. Disentuhnya bahu gadis itu sedikit.
Aleesya membuka matanya perlahan-lahan. Kepalanya sedikit berdenyut-denyut. Dia ingin bangun namun...
"Auchhh !", Aleesya mengerang kesakitan.
Tengku Aeris yang melihat bertindak dengan segera dengan memegang bahu Aleesya untuk membantunya bangun.
"Is-isya kat mana ni ?", soal Aleesya kebingungan. Ini bukan biliknya !
"Kau kat dalam bilik aku sekarang ni. Tadi kau pengsan "
Aleesya memandang tubuhnya yang sudah lengkap dengan pakaian baru. Seingatnya tadi dia tidak memakai pakaian seperti ini semasa keluar bersama Aeris petang tadi.
"Si-siapa yang tu-tukar baju saya?"
"Aku lah siapa lagi yang nak tukarkan. Aku ni suami kau so aku berhak tengok segala-galanya. Nak lebih daripada tu pun boleh ! Dah makan bubur ni sekarang. Lepastu baru boleh makan ubat", ujar Tengku Aeris pula. Jujur diakuinya bahawa dia yang menukarkan pakaian isterinya itu tadi yang basah kuyup. Mencabar sungguh tatkala menukar pakaian gadis itu kerana dia terpaksa menahan gelodak nafsunya sebagai seorang lelaki.
Merona merah pipi Aleesga dengan usikkan Tengku Aeris itu.
Tengku Aeris mencedokkan bubur tersebut lalu disuakan kepada Aleesya.
Aleesya merenung Tengku Aeris yang duduk begitu dekat dengannya.
Ini ke Tengku Aeris Naufal yang aku kenal ?
"Aaaaaaaaa bukak mulut tu", lembut Tengku Aeris meminta.
Aleesya hanya menurut dan menelan bubur tersebut. Perit tekaknya begitu terasa saat dia menelan bubur tersebut. Dia kemudiannya tersedak. Panas !
Tengku Aeris menghulurkan air mineral kepada Aleesya. Dia melihat Aleesya meneguk air tersebut dengan rakus sekali.
"Kenapa? Tak sedap ke ?", soal Tengku Aeris.
"Tak bubur tu panas sangat", balas Aleesya dengan suaranya yang sedikit serak.
"Lahhh tak cakap awal awal", balas Tengku Aeris. Dia termalu sendiri. Aku ni pun satu main suap je !
Aleesya terpanar melihat Tengku Aeris yang meniup bubur yang dicedokknya itu sebelum disuakan kepadanya.
Baru empat suapan Aleesya sudah menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu menelan lagi. Seleranya benar benar mati tatkala ini.
"Nah makan ni lagi sampai habis lepastu baru boleh makan ubat. Nanti baru kau cepat sihat"
Aleesya menggelengkan kepalanya lagi.
"Saya takde selera"
"Okay takpelah, nah makan ubat ni"
Malam itu Aleesya menjadi terharu seketika kerana Tengku Aeris merelakan dirinya untuk tidur di sofa dan membiarkan Aleesya tidur di atas katil kepunyaannya.
'Kenapa kau berubah Aeris ? Kenapa kau layan aku dengan baik sekali ? Apa kau rasa bersalah ?', desis Aleesya sendirian. Pelbagai persoalan bermain di fikiramnya sehinggakan dia telah terlena sendiri.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...