Bab 29

13.3K 258 5
                                    

*Flashback*

"Sorry I'm late sayang", ujar lelaki yang bersuara garau itu.

"You're late for 30 minutes but its okay. Kalau tak datang pun lagi bagus I rasa", balas gadis yang bertubuh langsing itu dengan sinis sekali.

Lelaki itu terdiam. Dia seakan dilanda mimpi yang buruk sahaja tatkala melihat perwatakkan wanita di hadapannya ini. Mengapa Tia Hadfina sudah berubah ? Lain benar dengan perwatakkannya yang lemah lembut dan penuh dengan sopan santun sebelum ini.

"I'm sorry again sayang. Tadi jalan jem teruk tu sebab I datang lambat",Tengku Aeris cuba untuk memujuknya kembali.

"Kan I dah cakap tadi its okay. You tak faham faham lagi ke ? Ni kenapa ajak I datang taman ni ? Apa benda yang penting sangat sampai you suruh I datang sini ?", Tia Hadfina sudah memeluk tubuhnya sambil memandang ke arah tasik.

Tengku Aeris menarik nafasnya perlahan-lahan. Dia sempat mengeluarkan sejambak bunga ros yang disembunyikan di belakang tubuhnya itu lalu disuakan di hadapan Tia Hadfina.

"Tia Hadfina, will you be my wife ? I mean will you be my partner for my whole life ? I really really loves you Tia. I need you in my life. My life would be incomplete without and I can't live without you baby", ujar Tengku Aeris dengan penuh romantis di hadapan Tia Hadfina. Dia melutut di hadapan gadis itu sambil mengeluarkan sekotak baldu cincin yang bersalut emas. Baru sahaja dia ingin menyarungkan cincin tersebut di jari manis gadis itu, tangannya telah ditepis oleh Tia terlebih dahulu sehingga cincin tersebut jatuh di atas rumput yang menghijau itu

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now