Bab 20

14.7K 322 6
                                        

Dua minggu kemudian


Malam itu Aleesya sedang menumpukan perhatian sepenuhnya di hadapan komputer ribanya. Dia tiba-tiba teringatkan akan pesanan Tengku Aeris pagi tadi.


"By hook or by crook kau kena siapkan proposal ni esok ! Jangan bagi proposal sampah macam ni lagi faham ?"


Ya Aleesya sudah seminggu kembali bekerja di syarikat suaminya. Seminggu itu juga sudah acap kali dia dibuli oleh Tengku Aeris. Itu tak kena ini tak kena. Pantang silap sikit mesti akan dimaki hamun.



"Pergi ! Pergi ! "

Aleesya tersentak. 

'Siapa pulak meracau pagi pagi buta ni ?', desis Aleesya keseorangan. Dia mula gelisah kerana jam sudah menujukkan pukul 2 pagi.

Aleesya menghela nafasnya dengan perlahan. Mungkin perasaannya sahaja barangkali. Dia kembali menyambung tugasannya semula.



"Go away ! Aku benci kau !"

Aleesya menggigit bawah bibirnya. 


'Aduh ! Apa lagi ni ! Kacau betul lah ', bisik hati Aleesya.


Dia mula memberanikan diri untuk keluar mencari pemilik suara tersebut.

"Bismillah", Aleesya sempat mengambil batang penyapu yang terletak di dalam biliknya sebelum melangkah keluar.

Mana lah tahu kot kot ada penyamun ke ?

Langkah Aleesya terhenti tatkala dia terpandang akan satu kelibat hitam yang sedang baring di atas sofa di ruang tamunya.

'Siapa tu ?! Pe-rompak ke ?!', desis Aleesya. Dia mula mengintai-ngintai kelibat tersebut di sebalik dinding. 

'Janganlah perompak ke penyamun ! Dah la Aeris tak balik lagi ni !'

'Aeris ? Arghhh kenapa pulak mamat tu yang aku fikir sekarang ni. Kalau dia ada dalam rumah ni belum tentu dia akan selamatkan kau Aleesya. Entah entah dia biar perompak tu terkam kau dulu !', Aleesya mula berperang dengan perasaaannya sendiri.


"Jangan datang dekat dengan aku Tia ! Get lost !", sambung suara itu lagi.


'Tia ?! Siapa Tia ?', soal Aleesya. Dia mula memberanikan diri untuk menekan suis lampu.


Aleesya terpempan tatkala melihat sebatang tubuh yang amat dikenalinya sedang terbaring lesu di atas sofa

Tengku Aeris Naufal !

'Bila masa pulak mamat ni balik ?'

Aleesya mula mendekati tubuh Tengku Aeris. Bahu lelaki itu dipegangnya dengan lembut.

"Aban . Bangun "

"Arghhhhh erghhhhhhhhhhhhh", Tengku Aeris kembali meracau. 

Aleesya hendak menyentuh tangan lelaki itu namun tubuhnya ditolak kasar.

"Adoi ! Sakit bontot aku lah !", Aleesya menjeling Tengku Aeris yang masih meracau ke kiri dan ke kanan

Nasib kau tengah meracau !

"I hate you !!!"

Aleesya memeluk tubuh Tengku Aeris. Dia berniat hendak mententeramkan lelaki itu.

'Ya Allah ! Panasnya badan dia !'

Dahi Tengku Aeris disentuhnya perlahan

Masih panas ! 

Aleesya bergegas menuju ke dapur dan mengambil sehelai tuala serta air. Setelah itu dia kembali ke ruang tamu untuk menuamkan kepala suaminya.

Peluh yang merenik di dahi lelaki itu dilapnya secara perlahan. Tiba-tiba jatuh simpatinya terhadap lelaki itu. Aleesya sempat menilik wajah itu satu persatu. 

Wajah Tengku Aeris yang pucat lesi menyapa pandangannya dengan lama.

"Se-se-juk", ujar Tengku Aeris separuh gagap. Dia menggigil sambil menggengam tangan Aleesya. Mata lelaki itu masih terpejam rapat.

Aleesya mengambil selimut yang berada di dalam biliknya. Dia sempat memperlahankan suhu penghawa dingin sebelum menyelimutkan tubuh lelaki itu.

"Se-se-se-juk lagi", Tengku Aeris menggigil di dalam selimut.

Alamak ! Apa aku nak buat ni ?!

Aleesya menepuk dahinya.

' Takkan nak peluk dia kot ? Mahunya harimau ni baham aku ni nanti'

'ta-tapi kesian pulak halahai'

Aleesya akhirnya akur. Dia merangkul tubuh suaminya itu secara perlahan-lahan. Deru nafas lelaki itu yang naik turun dapat didengarinya dengan jelas


Satu detik !


Dua detik !


Tiga detik !


Aleesya menghela nafas yang lega. Alhamdulillah Tengku Aeris tidak memaki hamunnya seperti sedia kala. Aleesya menguak rambut lelaki itu yang terjuntai ke belakang kepalanya.

Andai sahaja realitinya seperti sekarang ini sudah pasti Aleesya adalah wanita yang sangat bahagia !

"I love you", bisik Tengku Aeris. Dia membalas rangkulan Aleesya dengan erat sekali. Tubuh gadis itu yang begitu hangat membuatkannya begitu selesa.

Aleesya terpanar. 

'I love you ?'

Aleesya membalas dengan senyuman yang hambar. Jantungnya mula berdetak dengan laju

Dup dap !

Dup dap !


Aduhai jantung ! Kau jangan nak buat orkestra pula memalam buta ni !

Aleesya mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. 

Adakah ini yang dinamakan sebagai cinta pandang pertama ?


Arghhhh kennottttttt !


Hi gais ! Thanks sebab vote n comment cerita author ni. Hope korang enjoy k n sorry kalau cerita ni makin lama makin hambar. Author masih amateur lagi hihi :*

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang