CEMBURU

14K 291 4
                                        

Aleesya POV

Segala tindak tanduk tetamu pengantin di dalam khemah aku perhatikan dengan riak yang amat bosan. Sudah sejam aku menunggu Aeris di dalam khemah ruangan makan ini namun kelibat lelaki itu masih tidak kelihatan.

Semenjak peristiwa pagi tadi lagi Aeris sudah beriak dingin apabila bersemuka denganku. Apabila tiba di rumah sahabatnya, aku ditinggalkan keseorangan di ruangan makan ini. Baik tak payah ajak aku sekali kalau macam ni ! Dah la takde kawan nak bersembang. Tiada sesiapa pun yang aku kenali disini melainkan Tengku Aeris Naufal sahaja.

Aku meletakkan kedua tanganku di atas meja. Aku menongkatkan kepalaku menggunakan tangan kanan di atas meja. Tindak tanduk tetamu pengantin yang berada di hujung khemah menarik perhatian ku.

Riuh - rendah sungguh suasana di sana. Ada yang sedang makan, ada yang sedang bergurau senda DAN....

Mataku tertancap pada sekujur tubuh yang aku amat kenali yang sedang berdiri sambil berbual mesra dengan dua orang gadis. Mataku membutang tatkala melihat seorang gadis yang berusia lingkungan remaja yang berusia 13 tahun memeluk lengan suamiku. Ehh tu laki aku la !

Aku mula memberontak di dalam hati. Walaupun aku mengetahui bahawa gadis tersebut masih belum matang namun perasaan cemburu mula menguasai diriku. Aeris pula seakan-akan merelakan sahaja perbuatan gadis tersebut terhadapnya malah dia lagi ketawa riang bersama mereka berdua.

Hatiku menjadi semakin panas apabila melihat seorang lagi gadis menarik tangan Aeris.

Ehh ni dah lebih dah ni ! Laki aku tu kau faham tak ! Sesuka hati je kau main pegang-pegang. Aku pun tak dapat nak pegang dia macam tu. Huh !

Aku bingkas bangun lalu menuju ke arah suamiku yang sedang 'bermesra' bersama gadis-gadis tersebut

"Abang jom lah kita tangkap gambar sesama dekat atas pelamin tu", rayu seorang gadis yang berbaju kurung ungu tersebut sambil memeluk lengan suamiku.

"Haah Liana nak masuk dalam story Instagram ni jomlah", sambung seorang lagi gadis tersebut

Eee mengadanya budak budak ni. Aku lempang satgi terabur semua gigi kau orang ! Dasar miang kacau laki orang !

Aku yang berada di belakang Aeris tampil untuk berada disisinya.

Wajah Aeris yang begitu terkejut dengan kehadiranku aku tidak hiraukan

"Abang tadi kata nak teman Ana makan kan ? Cepatla Ana dah lapar ni jom la SAYANG", perkataan sayang itu aku tekankan dengan lantang sekali agar dapat didengari dan difahami oleh kedua-dua gadis tersebut.

Aeris menjongketkan keningnya. 'Bila masa pulak aku janji nak makan dengan kau ni ?', desisnya

"Abang ni siapa ?", soal gadis yang berbaju kurung ungu itu pula kepada Aeris.

"Haaaa kenalkan ni Kak Aleesya. Dia ni..."

"ISTERI kesayangan abang Aeris", aku sempat memintas bicara Aeris sambil merenung tajam ke arah dua orang gadis tersebut. Aku juga melentokkan kepala ku pada lengan sasa suamiku

Wajah satu per satu gadis tersebut aku amati. Jelas sekali riak bersalah ditonjolkan oleh mereka berdua.

"Ohh yeke ? Okayla abang kami berdua masuk dalam rumah dulu eh ?", ujar gadis yang digelar dengan Liana tadi

"Ehh kenapa nak masuk dalam rumah pulak ?", soal Aeris kebingungan.

Aku mempamerkan riak menyampah. Aeris ni ! Biarlah budak tu nak masuk rumah ke apa. Hisy !

"Nak tangkap gambar dengan pengantin. Okay lah abang bye !" Kedua gadis tersebut berlalu meninggalkan aku berdua dengan suamiku disitu

Aku menghela nafas yang lega. Haaa elok la tu kau orang berdua pergi tangkap gambar dengan pengantin, jangan kau orang berdua pulak nak goda pengantin lelaki tu sudah !

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang