Bab 2

15.4K 406 11
                                        

Telefon bimbit Aleesya Farhanah yang berdering menyanyikan lagu bertajuk call me baby nyanyian kumpulan Korea yang terkenal di Asia tenggara iaitu exo telah menganggu konsentrasi Aleesya Farhanah yang sedang memandu kereta menuju ke rumah sewanya. Sememangnya kumpulan kpop telah menjadi kegilaannya semenjak menuntut pelajaran di universiti lagi. Semuanya dipupuk gara gara Aisyah Sofea rakan karibnya yang sering mempelawanya untuk menonton pelbagai jenis drama Korea. Malah,mereka berdua juga turut sama sama menangis apabila menonton drama Korea yang ditayangkan di kaca televisyen yang kononnya menghayati lakonan watak masing- masing.

Aleesya pantas meraba-raba tas tangannya yang diletakkan di sisinya lalu mengambil telefon bimbitnya yang sejak tadi menjerit meminta panggilan tersebut untuk dijawab. Belum sempat Aleesya mencapai telefon bimbitya

Buk! Bunyi dentuman kereta yang kuat telah mengalihkan pandangan Aleesya ke hadapan cermin kereta yang dipandunya.

"Astaghfirullahalazim,kereta siapa pulak aku terlanggar ni ! Dah la kereta mewah adoi makk tolong Anaaaa makk !!",gusar Aleesya sendirian di dalam kereta.

Menyedari situasi tersebut,Aleesya pantas membuka pintu keretanya lalu segera menapak keluar mendapatkan pemandu kereta tersebut. Untuk seketika,Aleesya berasa kaget apabila melihat pemandu kereta mewah teesebut yang turut berjalan menuju ke arahnya.

Wajah kacukan inggeris ! Cuaca hari yang panas terik jelas memancarkan warna kulit lelaki itu yang putih mulus. Hidung mancung dan bibir merah milik lelaki tersebut mencuri tumpuan Aleesya. Bibir merah tanda dia tak merokok. Hmm,maybe jodoh kut nak main langgar langgar kereta dulu hehe,bisik hati Aleesya yang nakal. Buat seketika dia hanyut dengan ketampanan yang dimiliki oleh lelaki tersebut.

"Arghhhhh shittt ! What had you done?! Mata tu buta ke sampai tak nampak kereta aku yang besar gedabak ni !",berang lelaki itu sambil menanggalkan kaca mata hitamnya lalu mencerlung tajam ke arah Aleesya.

'Cis ! Aku pulak dimarahnya. Harap muka je handsome ala ala chanyeol exo aku tapi bongkak. Tahu lah kereta kau tu Honda Accord besar gedabak jika nak dibandingkan kereta cabuk viva aku ni. Hmm cabuk cabuk viva pun bila aku yang pakai memang diva tahu ! Kau hado ke ish ?! Kalau macam ni sah sah mak aku 100% reject kau jadi menantu dia okey. Ceit !',bebel Aleesya di dalam hati sambil mulutnya terkumat kamit seolah olah ingin saja menjerit memarahi lelaki itu .

"Hello ! Are you deaf?! Tak reti reti ke nak mintak maaf ke apa ke lepas kau dah langgar kesayangan abadi aku ni hah?! Apa orang miskin memang semuanya takde akidah macam kau ni ke?! ,bentak Aeris naufal apabila pertanyaannya tidak dihiraukan oleh Aleesya.

"Okay,firstly saya betul betul mintak maaf sebab dah terlanggar kereta encik yang emm besar gedabak ni kan. Saya tak perasan lampu isyarat kuning tadi dah bertukar lampu merah sebab saya nak capai phone saya tadi kat seat sebelah. Secondly,saya akan pastikan kesayangan encik ni kembali normal dan segala ganti ruginya akan saya tanggung. So please leave me your business card so I can contact you and settle out this BIG problem and don't you feel ashamed in front of these people sebab dok terjerit terlolong marah orang macam takde adab ha Mr poyo? Or emm mr kekwat? ,perli Aleesya kepada lelaki itu. Haaa rasakan kau pedasnya mulut aku ni. Pantang betul aku bila orang memperlekehkan status aku.

"What?! Mr poyo?! Kau tu yang perasan aku nak sembang sampai subuh dengan kau dekat tengah tengah jalan ni. Perempuan kampung memang macam ni. Suka control cantik feeling lawa,baik depan lelaki kaya macam aku ni. Huh ! Ujar Aeris Naufal sambil menjegilkan matanya yang berwarna hazel kepada Aleesya.
'Ishhh aku cocok biji mata kau tu karang baru tahu. Ingat stylo sangat ke!' Bisik hati Aleesya dengan perasaan marah bercampur baur geram.

Aeris Naufal lantas mengeluarkan sekeping kad daripada dompetnya lalu dihulurkan kad tersebut kepada Aleesya yang bila bila masa sahaja bisa meletuskan amarahnya kepada lelaki itu.

"So this is the card. Jangan gatal gatal nak contact,wechat or whatsapp aku feeling aku jatuh hati dekat kau kalau takde apa apa hal yang penting. Dasar takde adab ! Jangan nak ambil kesempatan !",bebel Aeris kepada Aleesya.

Aleesya mengerutkan dahinya lantas merentap kad tersebut dengan kasar sekali. Sungguh loya tekaknya pabila mendengar kata-kata lelaki itu tadi. Perasan sungguh !

"Ohhh really? Don't worry mr poyo. It won't happen and for your information you're not my type at all ! Kalau setakat kaya tapi sombong takde faedahnya jugak. Saya harap ini merupakan pertemuan terakhir kita. Saya akan pastikan segala urusan akan selesai secepat yang mungkin. Assalamualaikum",ujar Aleesya lalu menutup pintu keretanya. Pedal minyak kereta ditekan kuat laju meninggalkan Aeris Naufal keseorangan.

"Ceitt you're not my type konon but you're not my level gadis kampung!",marah Aeris Naufal lalu menumbuk stereng keretanya.

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang