Aleesya hanya mendiamkan dirinya apabila berdua-duaan di dalam kereta bersama Aeris. Kekok sekali apabila berada di samping lelaki itu. Dia membuang pandang ke luar jendela. Hujan yang lebat membasahi bumi menjamah pandangannya pada malam itu.
Aeris menjeling Aleesya yang berada di sebelahnya dengan ekor matanya. Termenung nampak ?
"Ehem", Aeris berdehem.
Aleesya mengerling ke arah Aeris. Dah kenapa mamat ni ?
"Aku nak cakap sesuatu dengan kau"
"Apa dia ?"
"Walaupun kita berdua dah kahwin, aku nak kau hormatkan setiap keputusan yang aku buat. Kau tak boleh nak masuk campur urusan peribadi aku faham ? Dengan siapa aku nak berkawan dan apa yang aku nak buat tu semua hak aku dan bukannya masalah kau", pesan Aeris.
"Faham tapi Isya pun ada permintaan jugak. Abang pun tak boleh masuk campur urusan peribadi Isya jugak. Deal ?", soal Aleesya sambil mengangkat keningnya sedikit.
"Kenapa pulak aku tak boleh tahu urusan peribadi kau ? Aku ni kan suami kau yang sah"
"Abang lupa ke ? Kita kahwin tanpa rasa cinta dan semua ni atas permintaan abang sendiri"
Aeris terdiam seketika. Ternyata Aleesya sengaja hendak menguji kesabarannya.
"Suka hati kau la"
"Kau pernah ada boyfriend ?", soal Aeris kembali. Entah mengapa soalan itu terdetik di naluri lelakinya dia sendiri juga tidak pasti.
Terpanar Aleesya dengan soalan cepumas Aeris itu. Penyibuk !
"Ada tu ada lah tapi dulu je. Sekarang semua dah berakhir"
"Kenapa ? Dia curang dengan kau ?" Aeris mula memasang telinganya untuk mendengar bait bicara dari gadis itu.
Aleesya hanya tersenyum hambar sebagai balasan untuk Aeris. Malas hendak mengenangkan masa silamnya lagi.
"Abang, tak boleh ke kalau kita jadi kawan walaupun kita kahwin ni sebab terpaksa je ?", soal Aleesya cuba untuk mengalihkan topik hangat mereka tatkala ini.
"Kenapa ? Selama ni kita musuh ke ?"
"Tak, isya kalau boleh nak kenal abang dengan lebih rapat lagi so tak salah kan kalau kita jadi kawan je ?"
Aeris terus menghentikan keretanya dengan mengejut. Break ditekan dengan sekuat hati.
Aleesya kaget. Keadaan dirinya yang tidak stabil telah menyebabkan dahinya terhantuk sedikit di dashboard milik suaminya. Ada cecair pekat berwarna merah di situ.
"Kawan ? Hm layak ke kau nak berkawan dengan aku ?"
"Apa maksud abang ?", Aleesya menyentuh dahinya yang sudah berdarah. Dia mengaduh kesakitan.
"Mula mula kawan lepastu ? Kau nak rampas harta aku kan lepas kau dah buat aku jatuh cinta dengan kau ? Huh ?", perli Aeris lalu menjeling Aleesya dengan tajam sekali.
"Niat Isya cuma baik nak berkawan dengan abang. Tu pun salah ke ? Kenapa abang suka menghina Isya ? Apa salah ke Isya dilahirkan sebagai anak orang miskin ?! Apa orang kaya macam abang ni terlampau hebat sangat ke ?", perli Aleesya dengan suaranya yang sedikit meninggi. Sungguh kesabarannya semakin pudar apabila setiap hari menerima herdikan daripada lelaki itu.
Aeris hanya mendengus. Biadap kau !
"Memang orang miskin macam kau ni hina. Hina sangat sangat. Hey kau tak payah nak berlagak baik dengan aku sangat lah. Dari mula lagi aku jumpa kau, aku dah benci kau tahu tak !", balas Aeris lalu menumbuk stereng keretanya.
"Kalau abang bencikan Isya kenapa abang paksa Isya kahwin dengan abang ? Kalau abang dah meluat sangat dengan Isya, baik abang lepaskan je Isya sekarang. Beri Isya peluang untuk cari kebahagiaan di luar sana"
Aeris tersentak apabila mendengar Aleesya yang meminta penceraian daripadanya. Serba sedikit ego lelakinya tercabar !
"Never ! Aku takkan lepaskan kau sebab aku nak tengok kau merana sampai aku puas !"
"Kenapa abang kejam sangat ? Lepaskan Isya please sebab kita tak mungkin akan bahagia dengan hubungan yang macam ni", rayu Aleesya lagi.
"Diam ! Kau keluar dari kereta aku sekarang !", bentak Aeris.
Dia kemudiannya keluar dari keretanya dan menyambar pergelangan Aleesya yang duduk di tempat penumpang. Ditarik tubuh gadis itu lalu ditolaknya dengan kasar sehingga Aleesya jatuh tersembam di bahu jalan."Urghhhh sa-sakittt", Aleesya mengerang kesakitan. Keperitan luka di dahinya kian menyengat tatkala terkena titisan air hujan yang lebat membasahi bumi.
Aeris hanya berlalu meninggalkan Aleesya keseorangan di jalan raya tersebut. Dia menekan pedal minyak dengan kuat dan tidak terdetik langsung dihatinya perasaan simpati terhadap gadis itu.
Arghhhh aku benci kauuuu Aleesya !
Aleesya menggigil kesejukan yang kian menghimpit tubuhnya. Dia bingkas bangun lalu berjalan dengan lemah sekali di bahu jalan tersebut.
Air mata yang ditahannya sebentar tadi akhirnya mengalir jua dengan lebat seiring dengan titisan air hujan yang turun dengan lebatnya membasahi bumi tatkala itu.
Direnung tubuhnya yang sudah basah kuyup dengan pandangan yang sayu sekali.
"A-apa dosa aku Aeris ? Ke-kenapa kau tak pernah layan aku sebaiknya ? Kenapa kau tak beri peluang langsung dekat aku ?! Sampai hati kauuuu Aeris Naufal ! ", teriak Aleesya keseorangan. Tiba-tiba pandangannya menjadi gelap lalu dia rebah di atas jalan malam itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...