Puan Julia segera mendekati Aleesya yang baru tiba di tempat duduknya. Diperhatinya gerak geri gadis itu yang jelas kelam kabut. Macam baru habis marathon sekolah !
"Morning Aleesya ! Tengku Aeris jumpa akak tadi. Dia mintak tolong kat Akak kalau isya dah sampai suruh isya jumpa dia kat dalam bilik. Pergila sekarang",pinta Puan Julia kepada Aleesya.
"Morning Kak Ju. Hmm mesti dia nak sembur isya sebab datang lambat pagi ni. Haihhh habis lah kita ni kak ",balas Aleesya cuba meraih simpati daripada Puan Julia.
"Hahaha,sabarlah isya. Mula mula memang macam tu. Tapi Tengku tu baiklah sebenarnya. Akak dah lama kerja dekat sini dah nak dekat 10 tahun dah. Nampak je luaran keras tapi sebenarnya dalaman dia lembut",nasihat Puan Julia kepada Aleesya. Serba serbi nasihatnya masuk juga di dalam kotak pemikiran Aleesya.
"Mungkin kot hahaha entah la Kak ju. Isya pergi dulu eh? Nanti singa dalam kandang tu mengamuk pulak susah nanti hehe",seloroh Aleesya lantas beredar pergi meninggalkan Puan Julia .
Puan Julia hanya mengelengkan kepalanya melihat telatah anak muda itu. Macam macam kerenah.
🌻🌻🌻🌻🌻
Tok tok tok ! Aleesya mengetuk pintu bilik majikannya mengikut rentak lagu. Dia lantas mengorak langkah setelah menguak pintu bilik tersebut.
"Ha tahu pun kau masuk bilik aku. Ingatkan dah lupa jalan nak masuk sini". Memang pedas sekiranya Tengku Aeris Naufal sudah mula berbicara. Sesiapa yang tidak tabah mahu menangis air mata darah pabila seringkali disinis sedemikian.
"Maksud Tengku?",soal Aleesya kembali. Dia kelihatan terpinga-pinga dengan kata-kata yang dilemparkan oleh Tengku Aeris Naufal.
"First kau datang lambat. Second kau dok menggatal dengan jantan kat dalam office ni. Baru hari kedua kau kerja kat sini dah mula nak tunjuk perangai", sungguh sinis Tengku Aeris memerli Aleesya.
Aleesya sedikit tersentak mendengar tuduhan melulu yang dilemparkan oleh Tengku Aeris Naufal kepadanya. Hatinya sedikit terguris kerana menerima herdikan lelaki itu.
"Maaf Tengku . Saya tahu saya lambat datang hari ni dan saya akui itu kelalaian saya sendiri. Tapi Tengku tak perlu nak menuduh saya nak mengoda pekerja kat sini. Saya bekerja kat sini bertujuan untuk mencari rezeki dan bukannya untuk berfoya-foya. Maaf sekali lagi. Kalau tak ada apa apa urusan izinkan saya beredar. Assalamualaikum",balas Aleesya panjang lebar serta menundukkan wajahnya sedikit. Dia menahan air mata jernihnya yang sedang bergenang di tubir matanya daripada menitis di hadapan lelaki ini. Dia tekad untuk beredar dari situ. Sakit hatinya hanya Tuhan sahaja yang tahu apabila maruah dirinya dipijak pijak oleh lelaki itu. Pedas sekali !
Tengku Aeris Naufal hanya memerhatikan Aleesya hilang dari pandangannya. 'Dia menangis ke? Baru cakap sikit takkan dah sentap kot',gelisah hati Tengku Aeris Naufal setelah melihat pemergian Aleesya yang tidak seceria seperti sebelum ini.
'Arghh peduli apa aku kalau dia nak menangis ke bunuh diri ke apa. Tak ada kena mengena langsung dengan perempuan tu. Dia memang layak kena hina dengan aku tadi. Get lost !'
🌻🌻🌻🌻🌻
Telefon iPhone six nya yang sudah tiga kali berdering telah menganggu tumpuan Aeris Naufal yang sedang menaip sesuatu di komputer ribanya. Dia lantas mengambil telefon bimbitnya lalu menjawab panggilan tersebut.
"Hello, assalamualaikum mama",lembut Tengku Aeris berbicara dengan mamanya,Datin Maria.
"Waalaikumsalam anak mama. Ris sihat ke? Lama tak dengar khabar. Bila nak balik vila mama ni?",soal Datin Maria .
"Alhamdulillah sihat je cuma lately ni busy dengan kerja sikit ma. Nanti ris free ris balik ye?",pujuk Aeris Naufal semula.
"Alaaa kalau tunggu kamu balik memang berjanggut lah mama. Kerja kat pejabat tu macam lah tak boleh tinggal sekejap. Baliklah ris mama rindu anak sulung kesayangan mama ni",rayu Datin Maria
"Okay ma. Petang nanti ris balik ye kita dinner sama sama satu famili"
"Haaa baguslah macam tu. Mama pun ada hal sikit nak dibincangkan dengan kamu ni"
"Nanti kita storie eh kat rumah. Ris ada kerja nak kena siapkan ni ma. See you soon ma. Assalamualaikum. Bye muah",ujar Aeris Naufal begitu manja sekali dengan mamanya. Memang jauh sekali sikapnya jika dibandingkan apabila berhadapan dengan orang lain.
🌻🌻🌻🌻🌻
"Ris..dah ada calon menantu untuk mama ke belum?",soal Datin Maria kepada anak lelaki sulungnya itu.
Membutang mata Aeris naufal apabila disoal oleh mamanya dengan soalan maut itu. 'Asal balik je mesti cakap pasal menantu cucu bagai. Haih masak dah aku dengan semua ni'
"Ma,ris muda lagi lah ma. Belum sampai masanya lagi ris nak kahwin nak ada anak",rungut Aeris naufal.
"Muda apanya kalau umur tu dah 29 tahun. Anak kawan mama yang sebaya dengan ris dah dua tiga anak tahu tak? Ris kena fikir masa depan and one more thing jangan sibuk fikir pasal kerja je. Kena fikir pasal calon bini",leter Datin Maria panjang lebar.
Aeris naufal hanya mampu mengeluh setelah mendengar bebelan ibunya. "Ma please.. I need time ma. Ris tak bersedia lagi lah ma",rayu Aeris naufal .
"But not this time ris. Mama dah banyak bagi peluang dekat ris sebelum ni. Mama bagi ris masa sebulan dari sekarang untuk ris carikan mama menantu. Kalau tak mama pinangkan anak dara Datin Syafina tu untuk ris",tegas Datin Maria.
"What?! Anak Datin Syafina yang sengau tu ke? Ma please don't. Ris sanggup terjun bangunan KLCC tu daripada kahwin dengan si minah sengau tu. Okay ris akan cari bakal menantu untuk my lovely mother but then mama kena promise jangan pinang sesiapa pun okay?"
"Good to hear that. Ingat,mama bagi masa sebulan ni je ris. Kalau tak ris buat buat fahamla apa yang akan mama buat",ugut Datin Maria sambil tersenyum.
"Hmm yela. Mama win",balas Aeris sambil mempamerkan wajah yang masam mencuka.
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...