Aleesya menghela nafasnya dengan perlahan. Andai kesakitan ini dapat melembutkan hati suaminya, dia sememangnya rela.
Aleesya mula mengorak langkah ke arah serpihan kaca yang bertaburan di atas lantai tersebut. Dia mengaduh kesakitan tatkala telapak kakinya tertusuk kaca yang tajam itu satu persatu
Allahu !
Sakitnya !
Erghhhh !
Air matanya terus terusan mengalir dengan lebat membasahi pipinya yang gebu. Dia juga semakin maju melangkah memijak serpihan kaca tersebut. Perit di kakinya masih ditahan setara dengan sendunya yang mula bertandang.
"Stop it idiot !", jerkah Tengku Aeris Naufal. Dia meraup mukanya dengan kasar lalu mula mendekati Aleesya.
"Kau dah gila ke ?! Bodoh !", Tengku Aeris mencengkam bahu Aleesya. Tubuh gadis itu digoncangnya dengan kasar.
"Ya ! Memang saya dah gila ! Gila sebab awak ! Awak yang tak boleh nak buka kan hati awak untuk saya. Hati saya sakit ada awak pernah ambik tahu ? Awak seksa saya Aeris ! Awak seksa perasaan saya selama ni ! Awak ego ! Selfish ! Kalau macam ni baik awak lepaskan saya Aeris. Just let me go to find happiness with someone else", keluh Aleesya. Dia melepaskan segala amarah yang bertandang di dalam hatinya selama ini.
Sungguh dia sakit dengan semua ini. Arghhhhhh !
"Bukan ke aku dah pesan dekat kau awal awal lagi yang jangan pernah walau secebis kuman pun letakkan apa apa harapan dalam hubungan ni ? Aku tak cinta kau dan kau pun tak cintakan aku ! Aku tak boleh nak cintakan kau Aleesya ! Sampai bila-bila pun takkan pernah jadi ! Kau kena faham tu !"
Air mata semakin lebat mengalir di pipi Aleesya. Keperitan di kakinya tidak terasa sakit malah hatinya lebih terguris dan terasa dirobek sahaja dengan mata pedang.
"Saya tak pernah mintak pun awak cintakan saya selama ni tapi saya cuma mintak awak layan saya dengan baik. Susah sangat ke Aeris ? Awak layan saya selama ni tak kurang macam saya ni seorang yang hina. Awak caci maruah saya ! Ye saya memang jijik pada pandangan awak tapi apa salah saya dekat awak Aeris ? Apa salah ke kalau saya sememangnya dilahirkan sebagai seorang anak petani ? Salah ke kalau takdir saya macam ni ? Salah ke Tengku Aeris Naufal ?!", bentak Aleesya. Dia mula merentap kasar pegangan lelaki itu di bahunya.
Tengku Aeris Naufal terdiam. Dia bungkam seketika. Mungkin ada benar dalam kata gadis itu namun egonya masih menghalang untuk berlembut dengannya.
"Kenapa awak diam ? Awak puas kan ? Awak su..."
"Kau boleh diam tak ?!", Tengku Aeris sempat menutup mulut Aleesya dengan tangan kanannya. Tubuh Aleesya diangkat dan dibawanya ke dalam bilik.
"Kau duduk sini diam diam. Jangan pergi mana mana kalau tak aku humban kau dalam kolam sana tu malam ni !", ugut Tengku Aeris Naufal.
Aleesya terpanar. Dia mengesat sisa air matanya dengan belakang telapak tangan secara perlahan. Dia hanya memerhatikan kelibat Tengku Aeris yang menghilang di dalam bilik itu.
"Auch ! Sakit !", rungut Aleesya. Dia memegang tangan Aeris yang merawat kakinya.
"Tahan sikit boleh tak ? Kau yang nak sangat pijak kaca tu tadi kan ?"
Aleesya mendengus kasar.
Nampak sangat tak ikhlas nak ubatkan aku !
"Luka kau teruk sangat so esok kita kena pergi klinik. Kau kalau tak menyusahkan aku sekali memang tak sah kan ?", perli Tengku Aeris lagi.
Aleesya hanya mendiamkan diri. Malas hendak bertekak dengan lelaki itu lagi. Jika tersilap kata mahu sahaja dirinya direndam sampai lemas di dalam kolam tersebut.
"Kau dah bisu ke apa sampai tak reti nak jawab soalan aku ?"
"Tadi awak yang suruh saya diam. Lepastu kata saya bisu so sekarang ni salah siapa hah ?"
"Kau memang tak sedar diri kan dengan siapa kau tengah cakap ?! Nah kau ubat sendiri kaki kau ni !", sambung Aeris lalu dia beredar meninggalkan Aleesya keseorangan di dalam bilik tersebut.
Aleesya mengalirkan air matanya sekali lagi. Sungguh berat sekali penderitaan yang terpaksa dipikulnya selepas bergelar seorang isteri kepada Tengku Aeris Naufal Tengku Hisyam. Duhai hati, bertabahla selagi yang mampu !
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...