"If you were my star, so let me be your sky" ;)
Tengku Aeris Naufal POV
Handbreak aku tarik lalu enjin kereta aku matikan. Lock kereta juga aku bukakan. Terkocoh-kocoh aku melangkah keluar dari perut kereta semata-mata ingin membukakan pintu di tempat penumpang untuk Aleesya. Khuatir tindakan aku jikalau lambat sedikit dan sekiranya Aleesya sudah melangkah keluar, sudah pasti aku yang mendapat malu.
Let me be a gentleman at this moment. Cewah !
Jelas riak wajah Aleesya yang sedikit terkejut dengan tindakkan aku itu namun dia akhirnya menurut sahaja.
"thanks", balasnya sepatah sambil tersenyum manis kepadaku.
Aku diam tidak membalas.
"jom" aku mengajaknya.
Papan tanda "selamat datang ke bukit bendera" yang besar itu tersegam indah dihadapanku kini.
Sudah lama aku tidak menjejakkan kaki di sini. Seingat aku, kali terakhir aku ke mari ialah semasa lawatan sekolah selepas peperiksaan penilaian menengah rendah aku berakhir. Fuhhh sudah lama sekali dan kali ini aku datang ke sini bersama seorang "isteri". Pasti suasananya berbeza sekali dengan sebelum ini.
"pernah datang sini?", soal aku kepada Aleesya yang sedang leka memandang suasana di situ.
"tak pernah", balasnya hambar.
"series?"
Aleesya mengangguk.
Aku melonjak gembira di dalam hati dengan jawapan Aleesya itu. Jadi inilah peluang keemasan bagiku untuk mencipta memori yang indah bersama Aleesya di sini.
Aku ingin Aleesya sentiasa bahagia disamping aku. Mungkin di sini akan menjadi titik permulaan bagi hubungan kami untuk pulih.
"Baguslah tak pernah lagi. Aku nak kau simpan semua kenangan kau dekat sini dengan aku selamanya", ujar aku.
Tanpa membuang masa aku menuju ke kaunter pembayaran. Setelah huluran tiket keretapi sudah berganti tangan, aku kembali mencari kelibat Aleesya.
Mana pulak pergi budak ni. Baru tinggal kejap dah merayau.
Aku masih mencari kelibat Aleesya di kedai kedai yang berhampiran.
Hampir setiap kedai yang menjual buah tangan aku masuk namun Aleesya masih tidak dapat aku temui.
Cuaca yang begitu panas terik juga menyebabkan peluh mula merenik di dahiku.
Peluh di dahi aku lap menggunakan hujung lengan baju.
Tiba tiba bahu kananku dicuit oleh seseorang.
Aku menoleh.
Membulat mataku apabila memandang Aleesya yang sedang tersengih sambil menjilat aiskrim konnya. Dia sempat lagi menunjukkan gaya peace dengan tangan kirinya kepadaku.
Ohhh merayau beli aiskrim eh. Ni nak merajuk ni.
"Sorry, Ana lapar tunggu abang lama sangat tadi tu yang merayap kejap cari makanan", ujar Aleesya.
"tak ajak pun", rajuk aku.
"Lahhh abang pun lapar jugak ke ? Nah rasa sikit. Sedap tau rasa strawberi"
"Tak nak. Aku tak suka perisa strawberi lah"
"alaaa ruginya kalau tak suka perisa strawberi ni tau. Dah la aiskrim ni baru keluar. Ni mesti tak tengok iklan tv ni"
Aku terdiam. Sejujurnya aku terliur sedikit apabila melihat aiskrim yang berada di dalam genggaman Aleesya. Dengan melihat cecair pink yang mengalir sedikit di kon itu serba sedikit telah mengoyahkan nafsuku. Ingin sahaja aku melahap aiskrim kepunyaan Aleesya itu namun egoku menghalang. Nak jual mahal sikit dulu lah. Nanti nampak sangat excited. Kan diri sendiri jugak yang malu tak gitu ?
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
Roman d'amourTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...