Bab 24

14.1K 284 1
                                        

Aleesya POV

Aku menapak keluar dari kereta Honda Accord kepunyaan Tengku Aeris. Aku tersenyum apabila melihat rumah banglo dua tingkat yang tersegam indah dihadapanku kini. Aku terfikir sejenak, tak bosan ke mama dengan papa duduk berdua dalam rumah ni ? Mesti diorang sunyi kan ?

Tiba-tiba aku tersentak saat terasa ada jari jemari yang bertaut dengan tangan kananku.

Aku merenung Aeris yang berada di sebelahku.

"Kita kat rumah mama sekarang ni which means drama dah nak start. Just follow my action", ujarnya.

Aku mencebik. Eleh ingatkan memang ikhlas nak pegang pegang kita tadi !

Aku dan Tengku Aeris melangkah masuk ke dalam rumah setelah memberi salam. Papa yang berada di ruang tamu rumah menyambut kedatangan kami dengan penuh riang

Tengku Aeris dan Tengku Hisyam bersalaman manakala aku hanya membalas dengan senyuman sahaja kepada papa

"Papa sihat ?", soal Tengku Aeris penuh prihatin

Tengku Hisyam mengangguk perlahan

"Papa Alhamdulillah sihat. Biasa lah kadang kadang tu sakit orang tua tu ada la sikit. Ris dengan Isya apa khabar ? Isya dah berbadan dua ke ?", usik Tengku Hisyam.

Aku terdiam kerana malu apabila diasak dengan soalan sebegitu. Biarlah Aeris sahaja yang menjawab pertanyaan tersebut. Karang kalau aku salah cakap mau kena pelengkung dalam bilik nanti

"Ris dengan Isya Alhamdulillah sihat jugak. Hmmm belum ada rezeki lagi pa nanti kalau dah ada ris cepat cepat inform kat papa eh", balas suamiku sambil memeluk bahuku.

Aku mula merasa tidak selesa diperlakukan sedemikian. Ish Aeris ni. Tangan tak reti duk diam. Gigit kang !

"Haa pa, mama mana ? Isya tak nampak pun ?", soal aku kepada papa

"Mama kamu macam biasalah excited bila anak dengan menantu dia nak datang. Nak terbalik dah dapur tu dari pagi tadi masak dengan Mak Munah sampai sekarang tak keluar keluar lagi. Bila papa datang menjenguk dihalaunya kita ke depan. Masakan special katanya"

Aku dan Tengku Aeris tergelak kecil mendengar gurauan papa. Alahai rajinnya mama

"Alaa buat susah je mama ni ha", sambung Aeris

"Biarkan dia. Orang perempuan ni kalau tengah excited kat dapur jangan kita sibuk nak kacau. Nanti periuk terbang", gurau papa lagi

"Hahahahahaha",pecah tawa Aeris yang ditahannya sebentar tadi

"Abang, Ana nak tolong mama kat dapur dulu tau", aku memegang lengannya.

"Okay sayang", balasnya sambil mencubit pipi kiriku.

Aku menjegilkan biji mataku kepadanya. Depan papa pun tak reti nak cover ke ?

Tengku Aeris membalas renunganku dengan senyuman mengejek

🌞🌞🌞🌞🌞

Tengku Aeris POV

"Emmm sedapnya mama masak ! Semua lauk favorite ris pulak tu. Macam tahu tahu je ris kempunan masakan mama",puji aku.

Memang tidak dapat dinafikan masakan mama memang enak enak belaka sehingga menggigit jari semenjak dulu lagi. Yela kata orang masakan ibu lah paling the best dekat dalam dunia ni. Ranking kedua pulak masakan isteri. Eh ? Nasib baik isteri aku pandai masak tau ! Hahahaha

"Yela ris kan dah lama tak datang rumah mama ni. Sebab tu la mama penat penat masak special untuk anak dengan menantu mama", ujar Datin Maria

"Entah awal awal lagi mama kamu udah ke pasar borong tinggalkan suami dia sesorang kat rumah", sakat Tengku Hisyam.

Mama menepuk lengan papa dengan manja. Marah barangkali dengan gurauan tersebut

"Takpe nanti ris boleh bungkus bawak balik rumah", cadang aku

"Eh Ris dengan Isya tak tidur sini ke malam ni ?", soal Datin Maria

"Hmm tak mama. Ris sebenarnya ada banyak kerja lagi tak settle kat rumah tu", aku menjawab. Sebenarnya bukan banyak sangat pun kerja aku yang tak siap lagi. Kerja aku telah banyak disiapkan semasa waktu kerja. Aku memang jenis yang tak suka tangguh bila buat sesuatu so takde maknanya kerja aku bertimbun. Cuma nak cari idea nak mengelat dengan permintaan mama je ni. Kalau tidur sini bermaksud Aleesya pun kena tidur sebilik dengan aku.

A big No !

"Banyak sangat ke kerja Ris tu ? Alaa kamu dahla jarang datang rumah mama lepastu kalini dah datang tak nak tidur sini pulak", rajuk Datin Maria

"Betul kata mama tu Ris. Spent time la kejap dengan kami. Tak lama pun sehari je dah cukup", sambung Tengku Hisyam

Aleesya merenung wajahku dengan penuh simpati. Renungannya semestinya dapat ku baca. Renungan supaya aku menurut sahaja permintaan mama tersebut

"Ris bukan tak sudi nak tidur sini tapi ris tak bawak baju lebih. Isya pun sama so macam mana kami nak tidur sini?", entah dari mana idea bodohku datang namun aku yakin mama pasti akan tetap membangkang aku

"Apa lah yang kamu merepek ni ris? Kamu kan duduk sini dulu sebelum kahwin dengan Isya so dah sah la baju kamu ada lagi dekat atas tu. Ala setakat baju Isya tu kamu bawak la dia keluar pergi pasaraya kejap lagi beli kan dia baju. Kan dah settle masalah tu?", bebel Datin Maria

Aku menggigit bibir. Mati akal hendak menjawab bebelan mama tersebut

"Hm okay, malam ni ris dengan Isya stay kat rumah mama. Cuma petang nanti ris dengan isya keluar kejap carikan baju isteri kesayangan ris ni ha", ujarku

Aku melihat mama tersenyum senang. Begitu juga Aleesya dan papa. Aku meraup kepalaku. Haihh apalah nasib. Juadah mama kembali aku habiskan.


Pasal apa yang jadi kat rumah Mama Aeris nanti sis update k ? Enjoy readers 😘💞

Cinta Tanpa PrejudisTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang