Bab 32

15K 384 37
                                    

Tengku Aeris POV

Aku berhenti mengunyah makanan apabila ditenung oleh Aleesya semenjak tadi.

Ayam goreng set snack plate KFC ,yang tersedia di hadapannya masih tidak dicuit.

Mulut dia pun dah terseliuh jugak ke tadi sampai tak lalu nak makan ?

"Kenapa tak makan ayam tu ?", aku bertanya kepada Aleesya.

"Tak ada selera", balasnya hambar.

Pulak dah ? Tadi dalam kereta mengarut laparnya kemain lagi. Bila dah bawa ke sini tak nak makan pula ? Agaknya bini aku ni ada angin sawan agaknya.

"Tadi kata lapar kan ? Ni dah kenapa tak ada selera pulak nak makan ? Mulut terseliuh jugak eh ?", aku menyisip sedikit air Pepsi aku.

Aleesya merengus sambil berpeluk tubuh. Riaknya yang masih tidak berpuas hati aku biarkan. Ni mesti kes tak lain tak bukan kena belanja aku KFC tadi ni !

"Kenapa Ana pulak yang kena belanja abang makan ? Bukan Ana jatuh ke tadi lepastu takde siapa pun yang menang kan ?", Aleesya mula melalut.

Ha kan betul ! Aku dah cakap dah muka budak ni yang muncung sedepa mesti sebab kena paksa belanja aku tadi. Dia yang bagi cadangan dia yang nak marah aku balik. Bertuah punya bini.

"Kalau kau tak jatuh tadi pun dah sah sah kau kalah sebab kau terhegeh-hegeh kat belakang aku. Aku cuma nak tuntut janji je sekarang takkan salah kut ?", aku membalas.

"Salah lah sebab tak adil untuk Ana ! Abang main tipu", rungutnya

Aikk aku pulak yang salah ke ? Dia yang tersadung kaki sendiri lepastu jatuh tersembam nak salahkan aku pula ?

"Lain kali jangan pandai menabur janji kalau tak reti nak penuhi", aku menasihatinya yang masih masam mencuka.

Aleesya masih mendiamkan diri dan beriak selamba. Makanan dihadapannya masih dibiarkan begitu sahaja.

"Ni Aleesya kan ?", tegur seorang lelaki yang memakai jaket merah sambil mengukirkan senyuman kepada gadis itu.

"Ehh Zarith ! Ya Allah lamanya tak jumpa", aku melihat Aleesya yang sedikit teruja apabila melihat kehadiran lelaki asing itu.

"Haah kan ? Alih alih jumpa dekat sini pulak. Jodoh kita memang kuat kan Aleesya ?", ujar lelaki yang digelar Zarith itu tanpa segan silu.

Aku yang sedang meminum air hampir tersedak mendengar gurauan bodoh daripada lelaki itu. Kurang ajar ! Berani kau berchia chia dengan bini aku. Nanti kau !

Aleesya masih tidak memandang aku yang sudah terbatuk-batuk menahan keperitan di tekak aku kini. Mana tak nya. Air gas kut ! Terasa seolah olah buih meledak di tekak aku dengan air gas tersebut.

"Memandai je awak ni", balas Aleesya bersahaja.

"Hahaha saya gurau je lah. Ni awak datang sorang je ke ?", soal Zarith semula.

"Ehh tak saya datang berdua. Kenalkan ni Aeris Naufal", Aleesya memperkenalkan diri aku kepada lelaki poyo tersebut.

Zarith menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan aku dan aku menyambut huluran tangannya.

"Awak ni abang Aleesya ke ?", soal Zarith lagi.

'Haah abang long nak hempuk kau dengan pinggan ni !', desis aku.

"Saya suami Aleesya", ujarku sambil tersenyum sinis.

"Ohh ! Saya Zarith Haikhal", balasnya sambil mengukir senyuman yang sengaja dibuat-buat.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now