Bab 33

13.1K 331 18
                                    

Aleesya POV

Aku mengerling Aeris yang berada di sebelahku. Wajah lelaki itu masih tenang memandu ke destinasi yang masih belum aku ketahui. Selepas makan tengahari sebentar tadi, Aeris hanya berdiam dan fokus memandu keretanya.

"Abang, kita nak ke mana ni ?", soal aku buat yang ketiga kalinya. Sudah acap kali aku menanyakan soalan sebegitu namun jawapan Aeris "adalah" itu masih membuatkan aku tidak dapat duduk dengan diam lagi.

"Ada lah. Kau duduk je diam diam. Kejap lagi sampai lah", balasnya hambar.

Aku mengeluh. Arghh bila nak sampainya ni ? Sudah dua jam aku berada di dalam kereta milik Aeris. Aku bertambah bosan apabila Aeris langsung tidak mahu berbual bersamaku.

"Bosan?", soalnya kembali seolah-olah mengetahui sahaja isi hatiku ini.

Aku sekadar mengangguk.

"Tidur", balasnya sepatah.

Aku merengus. Sabarlah duhai hati. Aku akhirnya membuat keputusan untuk tidur sahaja seperti permintaan Aeris itu. Mataku pejam dengan rapat walaupun dihati masih penuh dengan tanda tanya.

Aleesya POV

Aku memisat kelopak mataku tatkala merasakan bahuku dicuit oleh seseorang. Aku menoleh ke kanan. Aeris sedang memandangku dengan wajahnya yang serius.

"Bangun, kita dah sampai ni", ujarnya. Enjin kereta sempat dimatikan olehnya sebelum melangkah keluar dari kereta.

Mulutku melopong tatkala melangkah keluar dari perut kereta Aeris. Kakiku pula terasa seakan akan tidak menjejak ke atas lantai lagi. Sungguh indah benar permandangan dihadapanku kini.

Hotel Hard Rock !

"Ki-ki-ta kat ma-na ni ?", soal aku separa gagap. Seperti berada di dalam mimpi sahaja waktu ini.

"Batu feringghi", Aeris menjawab.

"Hah ?!", aku menjerit dek kerana terkejut dengan jawapan selamba daripada Aeris itu.

"Kau ni dah kenapa nak jerit ? Sawan ke baru bangun tidur ?", perli Aeris dengan sinis sekali.

"Kenapa kita ada dekat sini pulak ? Kena visit site ke harini ?", aku sempat bertanya soalan yang bodoh.

"Aah kena visit site otak kau yang dah senget tu", Aeris menjeling aku.

Aku mendengus. Eh eh main main jeling paku pulak dia ni.

"Kita bercuti kat sini seminggu. Dalam percutian kita ni aku tak nak ada sebarang gangguan langsung okay ? Aku nak release stress kerja", sambung Aeris lagi.

What ??! Bercuti seminggu ? Kenapa la mamat ni tak nak bagi tahu aku awal awal. Aku sudah menggaru kepalaku yang tidak gatal. Macam mana dengan beg pakaian ku semua ? Mustahil benar Aeris yang menyimpan pakaianku. Habis apa yang perlu aku pakai selama seminggu ini ?

"Yang garu kepala lama sangat tu kenapa ? Dah ada banyak kutu pulak ke ?", sindirnya lagi.

"Kenapa nak bercuti tak cakap dekat Ana awal awal ? Habis Ana nak pakai baju apa nanti ? Beg baju semua tak packing lagi", aku mengeluh.

"Aku tak bagi tahu kau kita nak bercuti ni sebab kau dah tahu pun benda ni"

"Maksud abang ?", aku menyoalnya kembali.

"Bukan kau ke yang nak sangat kita honey moon ? So ni lah honey moon kita berdua. Enjoy this trip", Aeris sudah tersenyum nakal.

Aku sudah mengetap gigiku. Mahu sahaja aku berguling-guling di atas lantai sekarang ini dek kerana malu yang amat.

Memanglah aku menginginkan kami berdua berbulan madu tetapi bukan dengan cara berahsia sebegini. Pipiku sudah merona merah menahan malu. Sudah habis ideaku untuk membidas Aeris kembali.

"Pasal pakaian kau tu tak payah nak risau. Aku dah pack dah masa kau tidur semalam. Pakaian luar dalam kau semua aku dah susun dalam luggage kau tu"

Sekali lagi aku ingin rebah ke atas lantai. Aeris menguruskan semua pakaianku semalam ? Ya Allah ! Kenapa lah aku tak sedar langsung malam tadi. Aku sudah mula resah tanpa sebab. Sudah pasti Aeris mengeledah almari pakaianku tetapi tidak malukah langsung lelaki itu tatkala menyimpan barang privasiku yang lain ?

"Btw lepasni cuba lah matang sikit. Ni pakaian yang dalam tu pun still mickey mouse lagi. Mengalahkan budak budak", Aeris memerli aku. Beg di dalam but kereta sudah diambilnya.

Aku hanya membatukan diri. Malu benar aku apabila disindir sedemikian. Arghhhhh ! Aeris ni pun satu. Yang dalam tu tak payah la nak simpankan ! Pervert !

"Yang tercegat kat situ kenapa ? Ingat aku ni superman ke nak terbang bawak beg kau yang berat ni masuk dalam bilik ?"

Aku bertindak mengambil luggage pink aku yang berada di dalam genggaman tangan kiri Aeris. Lelaki itu sudah meninggalkan aku di belakang.

Huh ! Aku mengeluh. Apa lah nasib. Cakap honey moon tapi sikit pun tak sweet romantik langsung ! Agaknya Aeris tu nak jalankan misi membuli aku lagi sekali gamaknya. Sabarlah duhai hati !

Sorry gais ! Sis janji nak update esoknya last last tengok dah sebulan lebih tak update 😭😭😭🙏🙏🙏 sis busy lately ni. In sha Allah kalau free sis akan update untuk korang lagi ye. Memang part yg ni sis buat sikit je. Jangan remove cerita ni dari library dgn reading list korang lagi tau 😣😣. So far vote dah makin tinggi. Thank you korang yg support and mintak sis continue lagi cerita ni. Sis appreciate sangat 💕😘😘😘 Teruskan support sis ye love you gais ❤❤❤

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now