Pagi ini Aleesya lambat sedikit ke tempat kerjanya. Gara-gara leka menonton televisyen semalam sehingga larut malam,dia terbangun lewat pagi ini. 'Habislah aku kena maki lagi dengan mamat sengal tu',sungguh hati Aleesya sedang gundah gelana sekali. Mana tidaknya,dia sudah kelewatan hampir 30 minit.
Aleesya melajukan langkahnya sambil menyimpan kunci keretanya di dalam tas tangan. Tiba tiba
Dush ! 'Aduh siapa pulak lagi aku langgar pagi pagi hari ni. Jangan jangan...',bisik hati Aleesya lalu mengangkat wajahnya memandang empunya badan yang dilanggarnya.
"Maafkan saya encik. Saya tak nampak encik pun tadi sebab tergesa-gesa nak simpan kunci kereta saya",ujar Aleesya kepada lelaki yang dilanggarnya tadi. Kuss semangat. Nasib baik bukan Tengku Aeris Naufal yang dilanggarnya tadi. Kalau tidak mahunya bertubi-tubi mamat sewel itu memakinya saat ini. Mungkin sahaja akan dicop sebagai perempuan miang kerana asyik melanggarnya sahaja.
"Its okay miss. Saya faham. Boleh saya tahu nama awak?",balas Aryan dengan lembut. Wahhh gentleman sungguh lelaki ini. Sekali pandang boleh jatuh cinta.
"Sure,Aleesya farhanah. How about you?",soal Aleesya kembali kepada lelaki itu. Tinggi dan segak bergaya orangnya.
"Faiq Aryan. But you can call me Aryan. By the way,are you the new staff in here? Tak pernah nampak pun sebelum ni?",ramah lelaki itu lalu tersengih menayangkan sebaris giginya yang putih berseri.
"Haah. Today is my second day in here. Okay lah saya pun ada hal sekarang ni. Need to go now. Nice to meet you Encik Aryan",bicara Aleesya lalu mempamitkan diri. 'Aku dah lambat ni boleh pulak mamat sporting ni nak ngajak sembang kat sini. Kan best kalau Tengku Aeris Naufal pun macam lelaki tadi huhu mimpilah kau Ana',monolog Aleesya sendirian.
Tanpa mereka sedari,ada sepasang mata yang memerhatikan adegan yang sedang ditayangkan sebentar tadi.
🌻🌻🌻🌻🌻
Menyirap darah Tengku Aeris Naufal apabila melihat Aleesya bertegur sapa dengan sahabatnya,Aryan sebentar tadi di ruang legar syarikat.
''Dahla lambat datang lepastu nak menggatal pulak dengan jantan lain. Baru dua hari kerja kau dah mula tunjuk perangai Aleesya !",bengang Aeris Naufal.
"Hey bro,apasal kau cakap sorang sorang ni. Dah angau ke apa sampai aku bukak pintu pun kau tak dengar?",seloroh Faiq Aryan. Sememangnya mereka berdua sudah menjadi sahabat sejati semenjak di bangku sekolah lagi. Sehinggalah masing - masing sudah meraih kejayaaan,mereka masih berhubung antara satu sama lain lagi.
"Ehh bro,long time no see. Mana ada aku angau. Biasalah merungut sikit pasal kerja yang banyak ni. Tu yang tak sedar kau datang tadi",elak Aeris Naufal. Dia cuba untuk menyembunyikan gelora hatinya kini.
"Tu lah kau sibuk dengan kerja 24 jam je sampaikan nak cari bini pun takde masa. Ni girlfriend pun sah sah tak pernah ngayat lagi ni",perli Aryan. Pelik benar dia dengan tingkah sahabatnya itu. Adakah Aeris begitu kecewa dengan masa silamnya sehinggakan tiada langsung erti percintaan dalam kehidupannya kini.
Bebelan Aryan dibiarkan sepi. Sungguh dia tidak suka jika dibabitkan dengan percintaan dan perkahwinan. Cukup lah selama ini dia telah menanggung derita akibat pengkhianatan yang telah dilakukan oleh bekas teman wanitanya, Lidiya. Sungguh dia serik. Matanya terpejam rapat mengenangkan masa lalunya semula.
"Weh ris aku tengah cakap dengan kau ni weh. Sampai bila kau nak macam ni ris? Ke kau masih tak dapat lupakan Lidiya lagi? Common bro. Past is past. Dah tiga tahun dah kau putus dengan dia bro",ujar Aryan semula lalu menepuk nepuk bahu sahabat kesayangannya.
"Memang tak lah untuk aku serahkan hati aku ni dekat perempuan jijik tu. Dasar materialistik ! Aku menyesal pernah kenal perempuan kotor tu. Bagi aku semua perempuan kampung sama je. Pandai kikis harta anak jutawan. Lepastu cari jantan lain. Huh !",bangkang Aeris Naufal
"Okay aku tahu kau marahkan Lidiya but tak perlulah kau samakan dia dengan perempuan lain dekat luar sana. Allah menjanjikan perempuan yang baik baik untuk lelaki yang baik baik juga. Cheer up ris. Kau kena move on. Jangan terlampau ego sangat. Aku rindu Aeris yang dulu"
"I need time bro. Tak semudah itu untuk aku lupakan apa yang Diya pernah buat kat aku dulu. Dahla stop cerita pasal all this nonsense thing. Spoil mood aku nanti",balas Aeris Naufal acuh tak acuh. Malas benar dia jika topik ini dibincangkan.
"Orait ! Weh ris,kat sini ada new staff ke? Tadi ada perempuan pakai tudung langgar aku. Perghhh lawa siot !",usik Aryan sambil mengangkat kening di sebelah kanannya. Ala ala ziana zain gituh.
Hati Aeris Naufal sedikit tersentak mendengar usikan temannya. Sah Aleesya farhanah yang sedang dibualkan oleh temannya itu.
"Hmm budak selekeh tu P.A baru aku. Dia yang ganti Alia staff lama yang dah berhenti dua bulan yang lalu. Kau dah kenapa puji puji dia? Dah terkena minyak pengasih dia ke pun?",cemuh Aeris cuba menduga isi hati Aryan.
"Isy kau ni. Tak baik cakap macam tu. Untung lah kau ada P.A lawa comel macam tu. Kalau kau tak nak cakap awal awal biar aku yang kebas hehe"
"Suka hati kau lah Aryan. Kau nak pergi pinang dia esok pun aku tak kisah. Ni aku ada banyak kerja nak dibuat ni. Lagi dua jam ada meeting so banyak lagi aku kena prepare. So silakan....",balas Aeris lalu menghalakan tangan kanannya ke arah muka pintu biliknya.
"Cehh halau aku nampak ! Okay silakan sambung bekerja ye Tengku Aeris Naufal . Aku nak sambung kerja nak tackle P.A kau sekejap. Jangan marah. Assalamualaikum",gurau Aryan.
"Waalaikumsalam",balas Aeris Naufal sepatah. Sungguh ayat terakhir Aryan menganggu fikirannya. Dia berasa sedikit gelisah pabila mengenangkan detik-detik sekiranya Aleesya disatukan bersama Aryan.
"Arghhh dah gila aku ni. Jauh sangat berfikir". Baginya,perempuan seperti Aleesya sekali petik sahaja sudah sepuluh yang datang. Jadi dia tidak perlu khuatir. Perempuan materialistik !

ANDA SEDANG MEMBACA
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...