"Aleesya,tolong buatkan 2 cawan air kopi sekarang. Aku bagi kau masa 5 minit je !",tegas Aeris Naufal memberi arahan kepada Aleesya melalui interkomnya.
"Hisy ! Pantang tengok aku senang je mesti nak menyusahkan aku buat air lah kemas bilik lah. Pikir aku orang gaji kau?!",rungut Aleesya sendirian.
🌻🌻🌻🌻🌻
"Ris dah fikirkan ke apa yang mama bincangkan haritu?",soal Datin Maria kepada Aeris Naufal yang berdiam semenjak tadi.
"Pasal apa? Ris lupa lah ma. Ada banyak lagi benda kena ingat"
"Ris jangan buat buat lupa pulak. Dah ada calon menantu tak untuk mama ni? Dah dua minggu mama tunggu jawapan ris tapi ris buat diam je. Ingat ris,mama bagi masa sebulan je untuk kamu carikan mama menantu. Mama tak main main dah kali ni",ugut Datin Maria.
Aeris naufal hanya mampu mengeluh setelah mendengar ugutan Datin Maria itu. Masalah !
"Rilek lah ma. Ris ada banyak kerja dekat office ni. Mama kena paham,hari hari ris balik lambat. Banyak projek syarikat masih tergendala lagi ma lately ni",ujar Aeris naufal cuba untuk memujuk mamanya.
Perbualan kosong antara kedua-dua anak beranak itu terhenti tatkala mereka terdengar bunyi ketukan di luar pintu kamar Aeris Naufal.
"Yes,come in",pelawa Aeris Naufal.
Aleesya farhanah yang sedang mengorak langkah menuju ke meja santapan telah mencuri tumpuan Datin Maria. Cantik ! Sopan dan manis orangnya. Datin Maria mula memasang angan-angan untuk bermenantukan gadis seperti Aleesya. 'Alangkah bahagianya kalau aku punya menantu sepertinya',bisik hati Datin Maria. Datin Maria tersedar daripada lamunannya apabila Aleesya menghadiahkan senyuman manisnya sebelum beredar dari kamar Aeris Naufal.
"Siapa perempuan tadi tu ris?",soal Datin Maria.
"Secretary baru ris. Kenapa ma? Tadi ris tengok mama perhatikan dia macam nak telan dia hidup hidup je? Hahaha",seloroh Aeris Naufal.
"Hisy kamu ni ! Memandai je. Mama tengok dia tu manis je orangnya. Lawa lepastu sopan pulak tu. Tak macam secretary ris sebelum ni. Semua pakai baju tak cukup kain !",perli Datin Maria
"Excuse me ma,mama kata dia lawa? Perempuan kampung macam tu pun mama nak puji bagai. Baru kenal seminit dah kata dia sopan la apa la. Ris tak setuju dengan pendapat mama"
"Kalau dia tak lawa,takkan ris ambik dia jadi secretary ris kan? Macam la mama tak kenal taste ris sebelum ni kalau nak pass interview kena lah yang cantik,lawa gebu kan?"
"Ehh mama ni. Ris pilih dia sebab dah dia je yang nampak ok sikit berbanding dengan perempuan lain yang interview hari tu. Tu pun ok sikit jela tak lebih. Mama jangan salah faham pulak"
Datin Maria hanya mampu tersenyum melihat telatah anak terunanya yang mempunyai seribu satu agenda tersembunyi. 'Macam aku tak kenal anak sendiri'.
"Hmm yela tu ok SIKIT. Entah entah ris dah sangkut dalam diam. Kalau ris pilih dia untuk calon menantu mama,mama lah ibu yang paling bertuah dalam dunia ni !"
'Kemain mama aku mengayat ! Hisy ! Tak boleh jadi ni. Tak nak aku kahwin dengan minah selebet tu',kutuk Aeris Naufal.
"Tak payah nak kutuk mama ris. Mama tahu apa yang ada dalam hati kamu tu. Dahla mama balik dulu. Jaga bakal menantu mama elok elok ye",ujar Datin Maria.
'Aikk macam tahu tahu je apa aku protes dalam hati ni'. "Okay ma,dia bukan calon menantu mama ye. Dia tu secretary ris ja. Tak lebih daripada tu. Have a save journey ma". Tangan kanan Datin Maria disambut lalu dikucupnya sebelum ibunya mempamitkan diri.
🌻🌻🌻🌻🌻
"Hey bro,apsal muka kau macam mati bini je? Nak kata dah ada bini tak jugak",gurau Aryan apabila melihat wajah Aeris Naufal yang semenjak tadi masam mencuka. Malam itu mereka berdua meluangkan masa di kafe setelah beberapa minggu tidak bersua muka.
"Aku ada masalah la wei. Mama aku suruh aku carikan dia menantu cepat dalam masa sebulan. Aku kira kira lagi seminggu je tinggal bro. Ni kalau aku tak dapat carikan dia menantu,dia sendiri akan kahwinkan aku dengan sesape je yang dia nak",gusar Aeris Naufal. Sungguh dia tidak rela untuk beristerikan gadis yang sebarangan. Dia kesuntukkan masa !
"What?! Hahaha kelakar la wei. Ada lagi eh zaman sekarang mak nak carikan jodoh untuk anak dia. Alaaa rilek lah benda simple. Ate kalau kau takde calon biar jela mama kau carikan kau bini. Kan senang udoh tak yah nak banyak memikionya lagi dah",ujar Aryan dengan loghrat Peraknya sekali.
"This is not funny lah. Kalau dia carikan jodoh untuk aku alamat masaklah aku wei. Dia nak jodohkan aku dengan minah sengau. Eiii kau sanggup ke tengok kawan kau yang handsome gila ni dapat bini centu?"
Aryan terkekeh-kekeh ketawa setelah mendengar bebelan Aeris Naufal. Hampir seluruh pelanggan kafe itu memerhatikan gelagat mereka berdua dengan wajah yang pelik. Terencat akal mungkin !
"Hahahahaha,okayyy kau memang unlucky bro. Takpela,kalau macam tu kau kena usahakan cari calon bini gak dalam masa terdekat ni. Kau kena tinggalkan kerja kau kat office tu kejap lah"
"Memangla nak kena cari tapi nak cari dekat mana?",soal Aeris Naufal kembali.
"Cari dekat dalam lombong. Hisy kau ni ! Takkan benda simple macam tu pun nak aku bagi tahu? Orang terdekat dengan kau kan dah ada",balas Aryan. Ingin sahaja diketuk-ketuknya kepala Aeris Naufal itu bertubi-tubi. Geram !
Aeris Naufal mengerutkan dahinya sedikit tanda tidak faham. "Orang terdekat? What do you mean?"
"Aleesya farhanah. Secretary kau lah ",cadang Aryan kepada Aeris Naufal.
Gulp. Aeris Naufal menelan liur apabila mendengar cadangan sahabatnya itu. 'Dah buang tebiat jugak kawan aku sorang ni'
"Are you kidding? Dia tu secretary aku je kot. Kau gila ke nak suruh aku pinang dia?!",balas Aeris Naufal dengan nada suaranya yang sedikit menaik.
"Chill out bro. Tu je cara yang kau ada dalam masa seminggu ni. Ke kau nak kahwin dengan cik kiah sengau tu? Haaa pilih mana nak. Who is the better one"
"Hmmm nanti lah aku fikirkan. Btw thanks bro sudi luangkan masa dengar masalah aku"
"My pleasure aeris. Fikirkan apa aku cadangkan tadi kalau tak melepas le ke tangan aku hehehe"
"Ehhh kau jangan macam macam",ugut Aeris Naufal. Dia jadi buntu seketika. Baginya,Aleesya farhanah hanya gadis kampungan yang datang menganggu ketenteraman jiwanya semenjak dahulu. Aleesya farhanah hanya gadis yang bergelar materialistik yang gemar meminta simpati daripada orang sekelilingnya. Dia tidak sesekali ingin berkongsi hidup dengan gadis yang dibencinya selama ini. Sungguh dia sedang dibelenggu dengan masalah yang kian menghimpit dirinya.
Sorry gais kalau chapter ni macam kureng n hambar. Saya masih baru dalam industri ni lagi so jangan lupa vote dan tinggalkan sebarang komen untuk saya perbaiki karya saya semula ye 😊
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
عاطفيةTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...