Tengku Aeris terpegun seketika apabila melihat Aleesya yang sedang ke hulu ke hilir menyediakan sarapan pagi itu.
Busy nampak ?
"Ehem", Tengku Aeris berdehem
Aleesya mengurut dadanya dengan perlahan. Kus semangat ! Nasib aku takde lemah jantung kalau tak dah lama dah kau menduda !
"Ehh abang dah bangun, sorry Isya tak perasan", balas Aleesya dengan senyuman.
Senyuman yang semanis gula ! Dan bisa mencairkan hati mana-mana lelaki yang melihatnya !
"Kau buat apa bangun awal awal ni ? Bukan kau tak sihat lagi ke semalam ?", soal Tengku Aeris. Dia mengawal nada suaranya supaya tidak kedengaran terlalu prihatin tentang gadis itu.
Ego ! Mengada !
Buat seketika, Aleesya berasa bahagia sekali dengan soalan yang terpacul dari bibir lelaki itu. Terasa seolah-olah lelaki itu mengambil berat akan dirinya
Ambil berat lah sangat ?!
"Alhamdulillah dah okay dah. Isya dah siapkan breakfast untuk abang ni, jom lah kita makan sama sama"
Tengku Aeris terdiam. Dia bungkam sama ada ingin menurut permintaan gadis itu mahupun tidak. Tetapi bau aroma masakan gadis itu sungguh menyelerakan sehingga perutnya meronta-ronta minta diisikan.
'Nak ke tak nak ?', bisik hatinya
Aleesya mengangkat keningnya sedikit.
'Yang berdiri terjegat dekat situ tu je dah kenapa bang ?'
Tengku Aeris akhirnya akur. Dia mula mengambil tempat di meja makan tersebut.
Aleesya tersenyum melihat perubahan tingkah laku suaminya semenjak semalam.
Alhamdulillah. Misi memikat suami semakin berjaya gais !
Dia mula menyedokkkan nasi goreng ke dalam pinggan lelaki itu
"Cukup tak ?"
"Sikit je la aku tak makan banyak awal pagi ni"
Aleesya menurut sahaja permintaan lelaki itu. Dia juga mengambil tempat di hadapan lelaki itu setelah menghulurkan pinggan kepadanya.
'Pandai jugak dia ni masak', desis Tengku Aeris sambil memandang wajah isterinya yang sedang makan di hadapannya
"Aku nak kau makan ubat semalam tu sampai dah betul betul sihat. Jangan menyusahkan aku lagi lepas ni !', ujar Tengku Aeris
'What ? Menyusahkan kau ? Kau yang tinggalkan aku semalam lepastu sesedap ABC je kata aku ni menyusahkan kau ! Panas woooo', desis Aleesya.
"Jangan risau, Isya dah biasa jaga diri Isya sendiri tanpa harapkan simpati orang lain", balas Aleesya dengan senyuman yang sengaja dibuat buat.
Rasakan !
Panas hati Tengku Aeris mendengarkan balasan gadis itu.
'Oooooo dah pandai melawan eh !'
"kau perli aku ke apa sekarang ni ?"
"Abang memang simpati kat Isya ke selama ni sampai rasa Isya ni tengah perli abang ?"
Gulp ! Tengku Aeris menelan liurnya dek kerana terkena pancing gadis itu.
Dia kemudiannya bingkas bangun lalu menuju ke luar rumah. Ingin segera beredar dari pandangan gadis itu.
Malu sia !
"Abangg ! Tunggu kejap !", jerit Aleesya.
"Ish aku dah lambat ni. Kau nak apa lagi ?"
Aleesya tidak mengendahkan bebelan suaminya malahan dia bertindak dengan berani mengapai leher lelaki itu. Dia menjengketkan kakinya sedikit kerana ketinggiannya yang jauh berbeza dengan lelaki itu
Pendek itu comel gais !
"A-apa kau n-nak buat ni ?", Tengku Aeris separuh gagap.
"Tie abang ni ha tak betul, senget senget dah", balas Aleesya sambil membetulkan tali leher lelaki itu.
Tengku Aeris menjadi tidak selesa apabila berkedudukan yang sangat intim dengan Aleesya. Terasa jantungnya tidak dapat berdenyut seperti biasa. Laju dan semakin laju
Jam di dinding terus berdetak ahhhhh !
Dia juga ralit memerhatikan setiap inci wajah gadis itu. MasyaAllah cantiknya !
Terasa dadanya semakin berombak
"Nahhhh handsome dahhhhh", puji Aleesya dengan selamba sambil menggosok bahu lelaki itu perlahan namun tiada riak terpamer oleh lelaki itu
"Abang ?", soal Aleesya
"Abang oooo abang ? Tanak pergi kerja ke ?", soal Aleesya berkali kali sambil menampar lembut pipi Tengku Aeris.
Tengku Aeris tersedar dari renungannya.
Ehhh apa aku buat ni ?
"Dah aku nak gerak !", balas Tengku Aeris lalu dia segera meninggalkan Aleesya di situ.
Aleesya terpinga-pinga melihat bayangan Aeris naufal yang semakin menghilang.
'Dia blah macam tu je ? Cis ! Terima kasih pun tak !', bentak Aleesya
Tengku Aeris menepuk dahinya. Dia termalu sendirian.
'Eeeee bodoh kau ni Ris ! Yang dok tenung dia atas bawah tu kenapa. Nasib tak terkantoi !', bebel hati Aeris Naufal.
Dia menekan pedal minyak keretanya laju meluncur jalan raya.
Hi korang ! Sorry kalau bab ni makin hambar kay. Sis kekurangan idea sikit but i'll try my best eh :) Keep on voting my story. Thanks readers ! :*
YOU ARE READING
Cinta Tanpa Prejudis
RomanceTengku Aeris Naufal Tengku Hisham. Lelaki kacukan inggeris yang sering menjadi dambaan para wanita. Dalam erti kata lain jejaka terhangat di pasaran yang menjadi CEO di empayar syarikat bapanya tersendiri. Manakala Aleesya farhanah hanya seorang gad...