Bab 3

13.2K 354 4
                                    

🌻 Sebulan kemudian 🌻

So today is the day. Hari ini Aleesya akan ditemu duga untuk bekerja sebagai setiausaha di syarikat A.H Holdings. Aleesya kelihatan sungguh anggun dan jelita apabila mengenakan sepasang baju kurung cekak musang berwarna ungu. Selendangnya yang berwarna coklat cair dililitkan dengan gaya seperti pelakon wanita berhijab terhangat di pasaran iaitu Uqasha Senrose. Bibirnya yang merah dicalitkan dengan sedikit pengelap bibir. 'Hmm kata nak interview mesti la kena vogue sikit uolls ! Ya Allah,kau permudahkan lah segala urusan ku hari ini Ya Allah. Semoga segalanya berjalan dengan lancar amin' Bisik hati Aleesya farhanah. Dia lantas turun ke ruang tamu setelah bersiap siap.

"Amboi amboi tantiknya kawan aku sorang ni. Kau nak pergi interview ke nak pergi mengorat CEO syarikat tu ha",perli Atikah iaitu rakan serumah Aleesya. Perghhh memang deep kalau minah ni dah start bukak mulut.

"Op cosh la kena melawa. Baru nampak professional nak jadi pekerja baru kat situ. Emmm kalau handsome muda takpe la jugak berkenan dengan aku. Ni kalau dah tua baya baya mak aku memang disqualified awal awal weh hahahaha",balas Aleesya lalu mengambil kunci kereta nya.

"Apa salahnya kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Kira okay la tu daripada kau jadi andartu nanti baru tahu hahaha. Jangan nak jual mahal sangat ye"

"Jodoh la sangat. Kau tu pun sama je cakap orang yang lebih. Boypren pun tak nampak bayang lagi asyik melekat kat rumah 24 jam je dengan Korea kau tu. Okay wa geraklu pape roger k beb. Doakan Aleesya Farhanah binti Ahmad berjaya menawan hati CEO tu ye. Ehh ehhh hahahaha",seloroh Aleesya sambil melambai lambai tangannya kepada Atikah yang sedang berdiri di muka pintu.

"Amboi kemain ye kau. In sha Allah amin. Semoga Encik CEO kau tu gila bayang dekat kau sekali ye",ujar Atikah sambil tersengih menayang gigi putihnya yang berseri. Nak buat iklan Colgate dekat Aleesya kasi dia semangat sikit ewahh.

🌻🌻🌻🌻🌻

"Cik Aleesya Farhanah binti Ahmad. Sila masuk ke dalam",panggil seorang wanita berumur 30 an kepada Aleesya. Mungkin pekerja yang bertugas di bahagian sini duga hati Aleesya.

Aleesya pantas mengorak langkah menuju ke bilik temuduganya. Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik tersebut,kelihatan seorang jejaka yang amat dikenalinya sedang membelek kertas di dalam fail yang berselerak di atas mejanya. Damn! He's again?! Ya,dia yakin bahawa kereta lelaki itu lah yang telah dilanggarnya sebulan yang lalu walaupun wajah lelaki tersebut sedikit tertunduk kerana sedang membelek kertas tersebut. 'Ya Allah apa aku nak buat ni?',bisik hati Aleesya yang sedang cemas. Kini dirinya terasa kerdil apabila berada di hadapan lelaki ini.

"Yang duk terjegat dekat pintu tu dah kenapa? Tak reti reti nak masuk ke? ",soal Aeris naufal lalu mengangkat wajahnya. Membutang mata Aeris naufal apabila melihat wanita yang amat dibencinya kini berada di hadapannya.

"What?!! Kau lagi?!",teriak Aeris naufal kepada Aleesya yang sedang bingung.

Cinta Tanpa PrejudisWhere stories live. Discover now