Part 2 - Bertemu Semula

707 27 0
                                    

Huh! Naik lenguh kaki aku naik turun bangunan pejabat kat KL ni. Dahlah semua tinggi-tinggi. Lagi naya kalau lif rosak dan pejabatnya kat tingkat atas sekali. Rasa nak mencarut je kerjanya.

Aku sampai di pejabat AA Holdings dan terus menapak ke kaunter pertanyaan.

"Assalamualaikum,cik. Saya ni nak minta kerja sebagai arkitek syarikat ni."

Perempuan bernama Faridah itu memandang aku sekilas. "Ambik borang ni dan isi. Tu,duduk sana. Nanti apa-apa hal aku panggil."

Aku terus ambik borang yang terhulur dan berjalan ke arah sofa yang ditunjuk. Tiba-tiba aku terlanggar seseorang.

"Maafkan saya." Aku minta maaf. Dah kalau yang salah aku kenalah minta maaf kan?

"It's okay. Nak interview kerja ke? Sebagai apa?" Tanya lelaki tu. Segaknya lah lelaki ni.

"Err,sebagai arkitek syarikat."

"Owh,awak isi dulu nanti apa-apa masalah boleh bagitahu Faridah." Aku hanya angguk dan lelaki tu terus keluar menuju ke lif.

Faridah menjeling aku macam tak puas hati.Aku pun terus siapkan borang tersebut. Setelah selesai mengisi borang aku hantar ke Faridah.

"Eh,awak naik tingkat 18 dan jumpa dengan Fatin. Nanti dia bagitahu yang selanjutnya." Aku hanya mengangguk dan menuju ke lif.

Tingkat 18.

"Boleh saya jumpa dengan Cik Fatin?" Aku bertanya kepada seorang pekerja yang lalu di hadapan aku.

"Ye saya,ada apa ye?" Oh,rupanya dialah Fatin.

"Saya datang ni nak interview kerja sebagai arkitek." Aku menyerahkan borang yang ku isi tadi.

"Ok,you tunggu situ nanti I panggil you." Fatin menunjukkan aku sofa di ruang menunggu. Aku berjalan dengan sopan ke arah sofa tu. Ececeh..

Selang beberapa minit Fatin memanggilku masuk ke bilik. Katanya bilik bos,cuak aku jadinya. Kecut perut terus.

Aku masuk dengan langkah yang berhati-hati.

"Bos,inilah dia yang nak interview tu."

Nak tengok jugak muda ke tua,hensem ke idak.. Encik bos pun mengangkat mukanya.

"Kau!" Aku genggam resume aku erat. Rasa nak campak je kat muka mamat tuh. Kang aku lepas kawalan ada jugak mati kena baling dengan fail.

"Izara." Suara dia lembut,tak macam dulu.

Amin Asyraf bagaikan tak percaya yang berdiri di depannya adalah Izara. Gadis itu bertambah ayu sekarang,makin manis. Hihi...

"Yup,it's me. Your beloved senior. Amin Asyraf." Amin mula bangun dan membutangkan kotnya.

"Beloved senior? Huh! You are not! My beloved senior is someone else." Aku bagi muka sinis kat dia.

"What?! Berani kau suka kat orang lain belakang aku?" Amin mula panasaran. Selama 5 tahun tak berjumpa,sudah berpunyakah Izara ni?

Mata aku gerakkan kiri ke kanan. Suka hati aku lah.

Fatin yang melihat adegan macam suami isteri bergaduh hanya terdiam. Apa hubungan dua manusia di depannya ni?

"Fatin,mana borang dia?" Fatin terus letak atas meja Amin Asyraf. "You can go now." Fatin hanya mengangguk dan keluar dari bilik tu.

"Tak kahwin lagi. Interesting."

Apa yang interesting sangat pun aku tak tahu tapi bila tengok Amin sengih buat aku sakit hati.

"What?" Aku bertanya setelah agak lama kami diam dan bunyi penghawa dingin je yang kedengaran.

My Love, My EnemyWhere stories live. Discover now