Dah sebulan berlalu. Hujung minggu ni aku akan nikah dengan Amin Asyraf. Warghhh! Nervousnya.
Hujung minggu,Jumaat. Ambil berkat hari yang barakah. Cehh,itu kata Amin lah. Lepas solat Jumaat,petang tu dah siap-siap nak nikah.
Aku pandang muka aku kat cermin solek bilik aku. Ini aku ke model catwalk mana ni? Cehh,masuk bakul angkat sendiri. Hehe.
Badan aku tersarung baju nikah berwarna putih dan renda bersulam manik warna hijau emerald. Cantik. Kredit lah untuk Natasya sebab buatkan baju ni dan baju sanding kitorang.
Pintu bilik aku terbuka. Emak masuk dan duduk di katil. Senyuman tak lekang dari bibir dia.
"Dah nak kahwin dah anak dara mak yang manja ni."
"Mana ada manjalah mak. Kalau manja pun apa salahnya. Izara ni anak mak dengan ayah jugak." Aku peluk mak.
"Lepas ni manja-manja kat orang lain pulak." Mak sengih.
Humph,paham norr maksud muka mak tu.
"Ye larh mak,nak menang ambik." Aku mengalah.
"Terima kasih,mak menanglah ni?"
Aku mengangguk.
"Dah cepat siap,mana si kembar tu. Kata nak keluar kejap je tengok doorgift."
"Buat doorgift kowt mak." Kami tergelak. Tak lama tu pintu bilik di buka. Muncul Hanani dan Ayuni di muka pintu.
"Mak cik, ada orang panggil kat dapur. Izara ni mak cik serah je kat kitorang."
Mak hanya mengangguk dan terus keluar. Hanani dan Ayuni masuk ke bilik.
"Tak sangka kau kahwin dengan Amin Asyraf tu kan. Dulu,dialah yang paling hot kat sekolah." Ayuni memberus muka aku guna berus bedak yang kembang tu.
"Haah,tak sangka jodoh. Masin mulut kitorang ni." Hanani membelek pulak hantaran untuk Amin Asyraf. Pastikan semuanya rapi.
"Hoi,sudah-sudahlah tu. Ha,mana aku punya purdah?"
Hanani mencapai selendang kecil untuk dijadikan penutup muka aku. Selendang itu warna emerald. Ayuni pinkan selendang aku guna jarum warna hijau.
"Walaweh,macam minah Arab lah kau Izara." Ayuni membelek-belek muka aku.
"Woit-woit, puji ke perli?" Aku angkat kening.
"Pujilah." Ayuni mengambil kipas dan kipas diri sendiri. Cehh. Kipas kahwin aku tu.
Pintu bilik terbuka. "Dah siap pengantinnya? Pihak lelaki dah sampai tu." Mak usu aku muncul dengan senyuman.
Aku mengangguk.
"Ha,kejap lagi dah boleh keluar." Mak usu tutup pintu.
Tangan aku berpeluh,nervous macam ni lah. Hujung-hujung jari aku jadi sejuk. Ya Allah kau permudahkan lah segalanya bagi hamba mu ini.
Hanani memasangkan aku crown kecil. Hiasan tambahan kepala. Aku mula gabra.
******************************
Amin Asyraf P.O.V
Kaki terasa sejuk melangkah masuk ke kediaman rumah keluarga Izara. Semua mata ke arahnya. Gementar pulak. Darah gemuruh semua turun.Mata tertancap tok kadi yang berjanggut panjang itu sedang menunggu di depan kusyen bentuk empat segi warna putih.
Aku terus melangkah ke kusyen tersebut dan duduk bersila. Ayah Izara ada di sebelah. Ayah pula duduk di sebelah kiri tok kadi.
Mata aku pejamkan. Ya Allah. Dada ni gemuruh betul hari ni. Rasa macam nak periksa SPM lagi je gayanya. Tapi tak de lah sampai macam ni.
Suara orang tua-tua gelak. "Gemuruh gamaknya."
Aku hanya tersenyum.
Di belakang kedengaran suara makcik-makcik riuh. Pengantin perempuan dah turun. Nak toleh,segan. Kang kena dengan makcik-makcik tu. Kena apa? Kena perli lah.
"Dah sedia?"
"Dah."
Dan detik itu menjadi saat-saat yang terindah dalam hidup Amin Asyraf kerana berjaya memperisterikan gadis idamannya.
******************************
Aku melutut di hadapan Izara. Cincin nikah dibawa oleh ibu. Aku sarungkan ke jari manis Izara yang cantik berinai merah.Izara menyarungkan pula cincin ke jari manis aku. Tangan aku dicium. Perasaan? Bahagia lah.
Aku tunduk dan mencium dahi Izara,isteri aku yang sah. Time tu,macam kilat menyambar bila aku cium dahi dia. Ramai yang ambik gambar.
Lama aku cium dahi dia.
******************************
Izara P.O.VAku pandang cermin meja solek. Purdah yang menutup muka aku tu aku biarkan. Rasa malas nak cabut.
Aku pandang ke arah telefon aku. Akmal. Dia selalu je ganggu aku. Haish,peninglah. Aku abaikan je segala mesej dan call dia.
Now,I'm Mrs. Amin Asyraf. Satu kenyataan yang boleh membuatkan tersenyum.
Pintu bilik terbuka. Hai,ni lagi sorang. Ayuni suka kenakan aku.
"Ayuni,ko tak payah lah nak ka..."
Kata-kata aku terhenti kerana aku merasakan bahagian lembut menyentuh pipi aku yang masih berpurdah.
Amin Asyraf di belakangnya hanya tergelak. Tangannya di letakkan di bahu Izara.
"You got the wrong person,honey" Amin Asyraf meleretkan senyumannya.
I can see that smirk,my husband.
Aku pusingkan badan menghadap dia. "Mujur saya sebut nama Ayuni kalau nama lelaki tadi..." mata aku jelingkan ke arah Amin Asyraf.
Mata Amin Asyraf membulat. "What?! Who? Tell me!"
Aku tergelak. "Nobody-nobody but you." Aku buat gaya macam kumpulan kpop korea tu,apa namanya lupa lah.
Amin Asyraf tergelak. "Nakal ye."
"Dengan hubby I je. Kenapa tak boleh? Kalau tak boleh, I nak cari hubby lain lah kat luar sana tu." Aku bangun tapi badan aku melayang ke dalam pelukan Amin Asyraf.
"Don't you dare,my darling." Matanya penuh mengancam membuatkan dada aku makin hebat berdegup.
"W-what if I dare you?" Aku bertanya even hati berdegup kencang bagai dilanda taufan katrina.
Amin Asyraf mendekatkan bibirnya ke telinga aku. "Kita tengok je lah nanti." Dia mengangkat mukanya untuk menatap muka aku. Purdah aku dibuka dan aku tak tahulah dia campak ke mana.
"You look so gorgeous,baby." Bibir nya dekat dengan telinga aku. Tangan aku menahan dadanya yang agak sasa tu.
"Why the sudden change of my nickname?" Aku pelik.
"Saja, saya cuma suka je."
"Pelik." Aku tergelak kecil.
Amin Asyraf terdiam. "Pelik?"
"Yup." Aku sabdukan p belakang tu.
"Pelik eh? How about this?" Amin Asyraf menggeletek pinggang aku.
Berair mata aku sebab gelak aje. Ya Allah,hari pertama dah kena 'seksa' dengan suami sendiri.
"Stop. Please,stop."
"Nope." Sekarang dia sabdukan pulak p dia.
"Please." Aku buat suara manja.
Aktiviti menggeletek aku tu akhirnya berhenti.
Huh! Berakhirlah sudah~
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Selamat hari raya! For you readers...😘😘😘😘
Sorry,part kali ni short. Banyak speaking.Just nak cerita yang diorang dah kahwin.Warghhhh!
Sweet tak diorang?
Macam biasa,keeps read,vote and comment kalau ada salah. Kalau boleh,share please(buat muka comel,cehhh)
Tq. ;)
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...