Pic Blue Mosque,Istanbul. Konon2nya view dri bilik hotel..
Sambungan part 16~
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Kota Istanbul meriah dengan orangnya dan suasananya. Tak rugi pergi Istanbul ni,tau. Kota bersejarah.Tamadun yang paling lama bertapak di dunia,lagi-lagi pemimpinnya adalah orang Islam. Wargh,bangganya.
Hari ni penuh dengan aktiviti berjalan-jalan di sekitar Istanbul. Rasa makanan Turkey dan yang paling best,kitorang dapat rasa black coffee home made dekat lorong kecil,memang terpencil gila.
Aku paling suka bling-bling lah op koz. Maklumlah,wanita. Kena paham lah ye kaum adam-adam semua.
Aku beli lampu warna-warni,pinggan,rantai,bla...bla......bla... dan yang sweetnya,semua barang tu Amin yang pegang.
"Sayang,singgah sini jom." Amin Asyraf menunjukkan sebuah kedai.
"Nak buat apa?" Aku keliru.
"Jom je lah." Tangan aku kena tarik masuk ke kedai.
Kami disambut oleh pemilik kedai. Lepas usya punya usya barulah aku tahu yang ini adah workshop.
"Can we craft our name on our ring?" Amin tanya pemilik kedai.
Aku pandang Amin Asyraf. Nak ukir nama atas cincin? Aku pandang pulak cincin kat jari manis aku.
Pemilik kedai itu mengangguk dan senyum.
"Sayang,tanggal kejap cincin tu. Nak ukir nama kita. Kita buat sendiri,baru ada meaning." Amin Asyraf tersenyum buatkan aku melting.
Apa saja untukmu sayang. Acehh...
Aku tanggal cincin nikah kami dan Amin pun tanggal yang dia punya.
Pemilik kedai tunjukkan cara-cara untuk ukir nama kat cincin tu but overall aku macam masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Amin Asyraf je yang dok beria-ria mendengar.
Dah ready nak buat kerja pun aku buat muka blurr je,last-last Amin sorang yang buat.
Muka dia time buat kerja,serius habis. Maskulin gila. Hati aku rasa tak tenteram. Nampak tulang pipi dia yang seksi tu. Perghhh,punah iman aku.
Rasa macam nak terkam je dia. Haish,haish,behave Izara,behave.
Amin Asyraf pandang muka aku dan senyum. Sayang ku baby boy,jangan senyum macam tu boleh tak? Kang ada aksi terlarang pulak kat sini.
Aku cuma balas balik senyuman dia. Lepas tu aku pura-pura fokus tengok benda apalah yang dia buat tadi.
Aku rasa pipi aku menyentuh benda yang lembut dan bagaikan cat air pada kain putih,warna merah merebak ke pipi aku.
Blushing!
Aku pandang Amin yang tersenyum manja pada aku dengan matanya yang redup. Ya Allah! Kenapa lah hati aku tak boleh nak tenteram bila dekat dengan Amin ni?
"This is my love for you." Amin mengangkat kedua-dua cincin nikah kami. Kat bahagian rata dalam cincin tu terukir 'Amin love Izara' dan cincin Amin pulak terukir 'Izara love Amin'.
"So sweet. Comellah." Aku paut lengan Amin Asyraf. Rasa? Bahagialah,tanya-tanya pulak.
"Ini tandanya Amin selalu sayangkan Izara,jadi Izara kena ingat benda tu selalu tau bila pakai cincin ni. Jadi,benda yang sama jugak kat Amin. Amin akan ingat yang Izara selalu sayangkan Amin."
Amin Asyraf bangun dan melutut depan aku. Tangan aku automatik ke mulut. Amin Asyraf menyarungkan cincin aku kembali ke jari manis aku.
"Thank you for being my wife,my life partner and the mother of my children." Sesudah ucapan Amin selesai,bibirnya lembut mencium tangan aku.
Warghhh!
Pemilik kedai dan pembantunya tepuk tangan. Wargh,malunya.
"Congratulation, I hope I'm not too late to wish it." Pemilik kedai itu tersenyum lagi.
Setelah selesai segala urusan,kami pun keluar. Pemilik kedai itu menghadiahkan kami mug besar bercorak couple di depannya.
Ikut tema sangat....
Kami keluar makan dan balik ke bilik hotel. Nothing much happen after that.
Amin Asyraf keluar dan jumpa Tareeq. Katanya Tareeq berminat nak kembangkan bisnes hotel dia kat Malaysia. Lepas dia dapat tahu yang Amin Asyraf owner AA Holding,terus dia berminat nak buat temujanji dengan Amin.
Argh,lantaklah. Lagipun...dua-dua straight kan? Lol...
Aku tergolek-golek atas katil,soooo boring. Tareeq! Kenapalah kau pergi 'culik' Amin dari aku?
Henset aku berbunyi 'pop'. Ada messenger Facebook lah ni.
Ayuni: How's your honeymoon?
Izara: Best lah,op koz.
Ayuni: Untunglah,Istanbul kan...
Izara: Alah,nanti ko ajak lah laki kau honeymoon kat sini jugak
Ayuni: Kalau laki aku kaya macam Amin
Izara: Hehe...
Ayuni: Ko pergi tak reunion tu nanti?
Izara: Insya-Allah aku datang dengan Amin.
Ayuni: Aku dengar ada benda menarik time reunion.
Izara: Apa benda?😕
Ayuni: Entah. Eh aku dah ngantuk. Bye!😘
Izara:😒 Bye!Krik,krik~
Krik,krik~Ya Allah! Bohsannya! Aku bangun dan menuju ke bilik air,baik berendam lagi best.
******************************
Amin Asyraf P.O.V
Masuk je dalam bilik,Izara dah tak de. Argh,sudah. Mana dia ni?Aku bukak pintu bilik air. Erm,kat situ rupanya. Aku menghampiri Izara yang masih dalam tab mandi. Senyap je.
Aku mencangkung di sebelah tab mandi. Larhhh,tidur rupanya.
Aku garu kepala. Takkan nak biar tidur dalam tab mandi. Kang demam berendam lama-lama.
"Sayang~ Bangun sayang. Tidur atas katil."
Izara bergerak. "Pukul berapa ni?"
"Pukul 11 malam." Alahai,seksinya lah suara dia baru bangun tidur.
"Tak laratlah nak bangun,nak dukung." Izara mendepakan tangannya.
Tekak aku rasa kering bagai dilanda kemarau,air liur pun rasa susah nak turun.
※※※※※※※
{Sape-sape rasa tak boleh nak matured lagi,sila skip. :)}
※※※※※※※Buih sabun yang hampir hilang tu menunjukkan apa yang dibawahnya.
Iman! Iman! Kat mana kau? Bertahanlah,wahai iman.
"Err,ermm,,,ehm,sayang pakai lah tuala dulu ke,lepas tu baru saya dukung."
"Ok." Izara terus bangun.
Aku terus pusing. Masyaallah. Bukannya tak halal,halal. Tapi,Izara masih mamau. Kang ada jugak orang kata aku ni ambik kesempatan.
Tiba-tiba ada tangan memeluk aku dari belakang.
"Nak dukung."
※※※※※※※※※
Zon matured tadi dah lepas...
※※※※※Aku pusing dan angkat Izara bridal style. Korang ingat aku tak pandai nak beromantik ke?
Aku letakkan Izara di atas katil secara perlahan-lahan kemudian aku ke beg bagasi Izara dan keluarkan baju pijama kegemaran dia. Hello kitty.
Aku menggeleng bila teringatkan Izara yang hampir memangis bila aku sorokkan baju ni. Istimewanya lah baju ni.
Kaki aku melangkah menghampiri katil. "Izara,bangun sayang. Pakai baju ni dulu."
Izara bergerak-gerak. "Erm,malaslah."
"Pakailah. Nah."
"Ok." Izara bangun dan terus menyarungkan baju tidurnya. Lepas tu...
Bum!
Rebah balik ke bantalnya. Nyenyak nya tidur....
Aku menggeleng lagi dan bibir aku tersenyum. Kalau dulu susah nak 'jinak'kan Izara ni.
Alhamdulillah,dah jadi isteri aku dah pun.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...