Aku masuk ke pejabat dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Tengah bahagia lah katakan.
Aku duduk di tempat aku dan mulakan kerja tanpa tangguh-tangguh lagi.
Minggu depan kitorang busy dengan projek eco-city kat Shah Alam. Kali ini kena pakai idea Mus. Terlebih rajin lah Mus menyiapkan kerja bagai nak gila.
Amin Asyraf masuk ke pejabat dengan senyuman. Aku mengangkat muka dan memanjangkan leher aku. Aku tersenyum pada dia.
Amin Asyraf berubah riak bila nampak muka aku dan muka dia jadi masam. Langsung tak menunjukkan kemesraan macam semalam.
Kenapa dia ni,datang bulan ke apa?
Amin Asyraf berjalan ke meja setiausahanya,Fatin.
"Saya nak awak book meja untuk saya kat restoran mana-mana,lunch dan dinner..." Amin Asyraf menjeling ke arah aku."...dengan Madihah."
Aku terdiam.
"Oh, jangan lupa esok pergi florist dan hantarkan bunga untuk Madihah. Ini alamatnya dan tulis pada kad ucapan, I love you-Amin Asyraf."
Amin Asyraf terus menonong ke bilik pejabat dia. Fatin pandang aku.
Aku dah tak mampu nak buat apa-apa. Rasa macam semangat tadi dah terbang melayang.
Apa hubungan Madihah dan Amin Asyraf sekarang?
Aku ni nak kahwin ke tak dengan Amin?
Air mata aku dah bertakung di tubir mata,aku terus lap. Aku bangun dan menuju ke tandas. Pandangan aku dah mula kabur.
Yang pasti sekarang hati aku sakit. Amin Asyraf cuma mainkan perasaan aku je selama ni. Sama macam dulu.
Aku termenung,air mata dah tak boleh nak keluar. Aku macam kosong tak berjiwa di hadapan cermin tandas ni.
Itulah,kau beria sangat nakkan Amin Asyraf tu. Izara,kau tak layak ada dengan dia. Kau kena sedar tu. Kau tak layak untuk berada di samping dia.
Air mata aku mula mengalir. Aku dah tak boleh nak tahan perasaan ni. Kenapa kau tak tembak je aku dari kau mainkan perasaan aku macam ni.
Kalau dia tembak aku,matilah aku. Haishh!
Aku keluar dan sambung buat kerja yang aku tinggalkan tadi.
Lantak kau lah Amin Asyraf. Mulai sekarang aku takkan terima kau dalam hidup aku.
Tapi...macam mana kalau dia tak salah.
Apa tak salahnya,kau nampak dengan mata kepala kau sendiri yang Amin tu abaikan kau dan langsung tak tegur kau. Nak keluar dating dengan Madihah pulak tu.
Hati aku jadi sayu balik. Alahai, cik hati tabahlah ya.
Amin Asyraf dari dalam pejabatnya memerhatikan gerak geri Izara. Maafkan aku Izara,aku terpaksa lukakan hati kau walaupun aku sendiri tak tahan tengok engkau disakiti.
Amin Asyraf memandang ke arah lantai dan sebuah keluhan terbit dari bibirnya.
Maafkan Amin,Izara.
******************************
Izara mengemas mejanya, bersepahnya lah. Anak dara apa macam ni meja tak kemas. Pemalas betul aku."Err,kak. Ada bunga untuk akak."
Aku angkat muka,bunga? Dari siapa?
Aku hanya tersenyum dan menurunkan tandatangan. Aku cium bau bunga ros merah itu.
Siapa yang bagi agaknya ya? Aku cium lagi bunga tu. Wangi!
Amin Asyraf keluar dari biliknya dan terkejut melihat Izara yang sedang mencium bunga. Bunga dari sape?
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...