Aku memandang ke arah telefonku yang berjenama Samsung ni. Biar betul. Nak kena balik kampung,hal apa yang penting sangat ni?
Aku terdiam. Mujur projek yang 2 bulan aku bertungkus lumus siapkan dengan Mus dan Hidayah dah siap. Sekarang aku free dan tunggu arahan dari boss a.k.a Amin Asyraf.
Aku bangun dan menuju ke meja Fatin.
"Fatin,boss ada?"
"Ada,kalau nak jumpa dia masuklah. Aku nak fhotostat kertas kejap." Fatin bangun dan menuju ke mesin fotokopi.
Aku kembali ke meja kerjaku. Borang cuti aku isi.
Erm,ok. Semua dah isi lepastu hantar kat boss.
Pintu bilik Amin Asyraf aku ketuk.
"Masuk."
Aku masuk dan menyerahkan borang cuti aku. Mintak-mintak dia approve cuti aku tu.
"Apa ni?"
Boleh dia tanya apa ni? Huh! Nasi lemak lauk ayam goreng.
"Borang cuti lah,boss. Tak kan nasi lemak lauk ayam goreng."
Amin Asyraf sengih. "Kalau nasi lemak pun apa salahnya."
"Memang salah lah sebab tak de nasi dan lemak kat situ." Aku pandang ke arah tingkap. Dari tengok muka mamat ni baik tengok KLCC.
"Sama hari dengan cuti aku. Kalau macam tu,jomlah balik sama-sama. Aku dah lama tak balik kampung,baru kali ni teringat nak cuti."
Huh! Balik kampung dengan kau? Kirim salam lah...
"Kenapa diam? Ko tak nak aku approve ke borang cuti kau ni?"
"Nak lah. Kalau tak buat apa aku masuk pejabat kau ni..." aku berbisik perlahan. Tak nak dia dengar.
"Ok,aku approve." Akhirnya Amin Asyraf mengalah.
Selepas sign borang cuti Izara,Izara terus keluar dari bilik pejabat Amin Asyraf.
Hai,Izara. Aku harap bila kau balik kampung nanti,status kau akan berubah. Haha,tak sabar pulak aku.
Amin Asyraf ketawa kecil sendirian di dalam biliknya.
******************************
Aku berjalan keluar dari kereta Myvi purple kesayangan aku tu."Mak!!!" Aku terus jerit nama mak. Rindunya kat dia!
"Dah balik pun anak mak ni." Pn. Siti Aminah tersenyum melihat anaknya yang memeluk erat badannya bagai dah berkurun tidak jumpa. Dia pun rindu akan anaknya itu.
"Ehem,emaknya aje? Ayahnya ni macam mana?" En. Azrizal muncul dari belakang rumah.
"Rindu jugak kat ayah!" Sekarang giliran ayahnya pula dipeluk.
"Hai,dah besar tapi perangai macam budak-budak. Macam mana lah nanti nak jadi isteri orang?"
Pertanyaan ayah itu aku pandang dengan muka yang terkejut,terkedu,terdiam dan bermacam ter lagi.
Emak bagi eye contact dekat ayah. Ayah terdiam.
Hai,agak-agaklah kalau nak main-main mata depan aku ni. Tapi sweetlah!
"Er,kamu masuklah dulu. Rehatkan badan tu. Mak ada masak lauk kegemaran kamu ni. Ikan keli bakar dengan sambal asam."
Aku gembira yang teramat sangat. Wargh,lauk favourite aku! Tak pe,nanti aku bertapa menghadap lauk-lauk tu nanti. Bukan menghadap je,menjamah lah apa lagi...
Aku masuk ke dalam rumah dengan hati yang riang sedangkan emak dan ayah saling main-main mata lagi.
******************************
Aku duduk di bawah buaian yang terletak berdekatan pokok kelapa tu. Menghirup udara malam kampung.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...