Part 3 - My Future Wife

664 27 0
                                    

Aku melangkah dengan senyuman yang tak lekang dari bibir. Sekali lagi aku masuk ke bangunan syarikat AA Holdings tapi kali ni sebagai jurutera junior syarikat.

Awal aku datang dengan semangat yang tinggi. Aku menapak ke arah lif dan tiba-tiba...

"Tepi lah pompuan. Menyemak je kat tengah-tengah ni!" Tengking seorang wanita yang berpakaian sofistikated tapi seksi.

Masyaallah,nak je aku bagi penumbuk aku ni. Sorry pun tak de. Sekolah kat mana lah pompuan ni.

Perempuan itu menutup pintu lif dan lif naik.

Wait!

Pintu lif sebelah terbuka,fuh nasib.

Amin Asyraf keluar dari lif tersebut macam terkocoh-kocoh. Amin berhenti depan aku.

"Eh,awal kau sampai. Oh,lupa. Pekerja baru memang macam tu kan." Amin sengih. Aku diam je. Malas nak bertekak dengan dia.

"Eh,jom teman aku pergi breakfast. Aku tak sarapan lagi ni." Amin tersenyum,harap-harap dia setuju.

Tadi Syarina call nak datang office awal sebab ada hal nak bincang. Yo lah tu,macam aku tak tahu otak mereng Syarina tu.
Aku layan dia baik,dia fikir lain pulak. Mintak simpang aku nak kahwin dengan dia tu,clubbing sana-sini.

"Tak naklah." Aku menekan butang di dinding lagi sekali. Lif yang Amin Asyraf naik tadi dah tutup.

"Ini arahan." Amin Asyraf mengugut. Keningnya diangkat.

Hish,saje je tau.

Aku hentakkan kaki dan tunjukkan muka tak puas hati. Mentang-mentang dia boss bolehlah dia ugut aku.

Amin Asyraf tersenyum melihat tingkah Izara. Comelnya lah dia ni bila buat muka.

Aku terdiam. Perasaan yang sama seperti 5 tahun lepas datang balik bila nampak senyuman Amin Asyraf tu dan lagi-lagi bila dia berdua je dengan lelaki tu.

Aku tak pasti ni apa tapi aku ingatkan perasaan tu dah hilang.

"Hari ni aku bawak kereta. Kau tak nak naik motor kan?" Amin Asyraf meneliti pakaian Izara. Manis berbaju kurung warna pink dan shawl yang dililit gaya apa entah tapi cantik.

Aku rasa tak selesa bila Amin Asyraf scan aku macam nak makan aku je gamaknya. Betul-betul lapar ni.

"Yelarh,yelarh. Jom lah nanti office hour start."

Amin Asyraf tersenyum.

Kami menapak ke parking kereta CEO syarikat. Untunglah ada parking sendiri. Macam kami yang pekerja ni kena cari parking sendiri.

Aku berhenti di hadapan kereta Ferrari merah. Amin Asyraf menekan alarm kereta. Aku terkedu.

Biar betul! Aku dapat naik kereta mahal ni. Arghh!

Amin Asyraf tersenyum melihat tingkah Izara. Bilalah dia nak berubah ni,dari dulu sampai sekarang macam tu jugak.

"Masuklah,apa tunggu lagi. Cepatlah." Amin Asyraf masuk ke dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta.

Aku terus membuka pintu kereta dan masuk ke dalam.
******************************
Kafe tersebut sungguh class bagi Izara yang baru masuk ke kafe tersebut. Amin Asyraf memesan makanan.

"We would like two toasted bread and egg omelet. I take mocha and my girl will take cappuchino. Thank you."

Pelayan itu tersenyum kepada kami dan berlalu pergi.

Membahang muka aku bila Amin Asyraf cakap 'my girl' tu. Dia ingat aku ni apa? Macam lah aku ni bini dia.

"Mana kau tahu aku minat cappuchino ni?" Aku bertanya. Pelik,mana dia tahu favourite aku.

My Love, My EnemyWhere stories live. Discover now