Part 7- Lamaran

530 21 0
                                    

Aku pandang kosong ke arah telefon aku. Dari pukul 3 tadi sampai dah pukul 5 ni aku masih memikir pasal mesej Akmal.

"Assalamualaikum. Balik jom." Amin Asyraf mengetuk mejaku membuatkan aku tersentak.

"Huh! Waalaikumussalam. Ha,ya. Balik." Aku mengemas meja.

"Cupcakes, kenapa ni? Ada masalah ke?"

Aku blushing bila dia panggil aku cupcakes. Alahai,sweet. Aku cuma geleng.

"Tell me if you need someone to share." Mata Amin Asyraf penuh mengharap.

Aku tersenyum lalu mengangguk.

"Malam ni keluar jom. Saya nak ajak awak dinner."

Aku pandang meja sebelah. Mus dah tak ada. Aku kembali pandang Amin Asyraf.

"Ok."

"Pakai cantik-cantik tau." Amin Asyraf winks lalu keluar.

Kenapa kena pakai cantik-cantik pulak ni?

Aku abaikan je last-last. Aku nak balik! Yeay!
******************************
Aku bersiap dengan baju dress warna hitam bermanikkan mutiara putih dan silver. Mutiara tipu ok.

Selendang pula aku lilit gaya Zara Zya dalam cerita Duda Terlajak Laris. Agak sama sudahlah kan.

Telefon bimbit aku melalak lagu Charlie Puth. Aku terus sambar telefon yang aku letak atas katil.

Amin Asyraf.

Butang answer aku tarik. "Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam,dah siap ke belum princess?"

"Kejap lagi saya turun" aku gerakkan mata kiri ke kanan.

"Ok,but i'm already outside your house." Talian dimatikan oleh Amin Asyraf.

Aku capai handbag pemberian ibu sempena hari jadi ke-23. Aku sampai ke rak kasut dan sarungkan kasut wedges warna putih.

Aku buka pintu rumah. Ya,dia dah tunggu kat luar. Aku gerakkan mata kiri ke kanan.

Dia cuma balas dengan senyuman manis.

"There you go princess,lama betul bersiap."

Aku berdiri tegak dan Amin Asyraf memandang aku dari bawah ke atas. Aku rasa tak selesa.

"Kau jangan macam-macam,kang kena tendang sampai ke bawah karang." Aku tunjuk muka garang tapi ada Amin Asyraf ni nak kesah. Lagi dia gelak adalah.

"Tapi kalau lepas kita kahwin,saya tak janji yang saya takkan macam-macam dengan awak."

Aku lepuk lengan dia. Puas hati aku sikit lepas lepuk dia. Hish,ada jugak yang aku smackdown kat apartmen blok B ni.

"Dah lah tu gelak-gelak. Aku masuk balik lah. Malas nak keluar dengan kau,buat sakit hati je." Aku bukak balik pintu grill rumah aku.

"Eh,merajuk pulak dia. Jom lah." Amin Asyraf menahan aku dari masuk.

"Hish,tak nak! Tepi lah!" Aku cuba tolak dia tapi apasal mamat ni superman sangat.

"Merajuk ke? Sorry eh. Sorry lah." Amin Asyraf buat muka cute kononnya.

Aku silang tangan. Tunjuk degil.

"Janganlah merajuk lagi. Hisshhh,cium karang." Amin Asyraf sengih.

Aku lepuk dia dan tumbuk bahagian lengan dia agak kuat." Amin Asyraf!"

"Ya sayang." Dia masih sengih. Hai,sabar je lah.

"Ko nak aku ikut ke tak?" Aku mula mengugut.

"Nak lah,kalau kau tak pergi hancur lah plan aku."

My Love, My EnemyWhere stories live. Discover now