Aku tergolek-golek diatas katil saiz king bilik Amin Asyraf. Sekarang pukul 3 petang jadi aku golek-golek lah atas katil. Hihi...
Aku capai album di meja tepi katil. Gambar perkahwinan aku dan Amin. Sweet je pasangan ni. Ececeh...
Aku golek-golek lagi atas katil dan tiba-tiba....
Gedebuk!
"Aduh!!!" Hadoi,sakitnya belakang badan aku. Hah,tulah. Golek-golek lagi. Ingat ayam golek ke?
Eh,mana gambar tadi? Oh,tercampak bawah katil. Aku raba-raba bawah katil dan tangan aku mencapai sebuah kotak. Aku tariklah keluarkan. Kotak hitam.
Aku dengan selamba derk nya pegi bukak kotak tu. Gambar Madihah dan Amin Asyraf. Itu yang first aku spot. Aku korek lagi. Ada music box,surat cinta,berbedak lagi...perfume lelaki,masih banyak...macam tak pernah guna.
Tiba-tiba hati aku macam kena simbah asid bila nampak Amin Asyraf dengan Madihah bergambar di Cameron Highland.
"Hish,ni citer lama." Aku yakinkan hati. I must trust my hubby,okay.
Telefon aku berbunyi. Ayuni!
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam,hish engko ni Ayuni. Perangai tak berubah-ubah. Hah,ko nak apa?"
Kedengaran Ayuni menyengih di hujung talian. "Hihihi,aku call ni nak bagitahu kau. Dua minggu lagi balik kampung tau."
"Awat pulak. Hang nak nikah kah? Kikiki..."
"Hish,aku sekeh jugak bini orang ni. Bukanlah,kawan-kawan kita dengan senior batch sebelum kita tu buat reunion. Kat sekolah. Klasik~Jomlah. Ajak Amin sekali. Nanti aku ajak lah boypren aku."
"Ha,ini yang aku nak dengar kau dah ada boypren,malang laki tu. Hahaha...." aku boleh bayangkan muka cemberut Ayuni.
"Hish,engkau ni. Tak elok tau. Majuklah macam ni."
"Tak payahlah. Aku ni jauh nak pujuk kau. Ha,suh boypren kau tu pujuk."
"Urgh! Kau pergi hah. Ko tak pergi,satu Malaysia sampai terbalik pun aku sanggup cari kau."
"Iya,iya. Aku pergi. Insya-Allah." Kepala aku menggeleng bila teringatkan zaman sekolah menengah dulu. Sama-sama menggila. Ish,ish,ish.
"Oklah,aku ada kerja ni. Bye! Dada! Muah!"
"Bye.." aku matikan talian.
Hmm,mesti best dapat pergi majlis tu nanti. Reunion balik ramai-ramai. Ni nak kena kasitau Amin dulu ni.
Nombor telefon Amin aku dail. Selepas dua deringan,talian diangkat.
"Assalamualaikum,sayang. Tengah buat apa tu?" Suara ceria Amin Asyraf menyapa gegendang telinga.
Aku tersenyum." Waalaikumusalam.Tak de buat apa. Tengah....rindukan bie kowt."
Walawehh. Asal ayat aku jiwang macam tu?
"Oh,tunggulah lagi 2 hari bie balik sana. Tak sabar nak lari dalam pelukan sayang,tau."
"Eii,mengada. Suami sapelah ni." Aku memintal-mintal hujung bantal.
"Mengada ngan sayang je..hihi."
"Oklah kalau macam tu. Ha,nak cakap ni. Dua minggu lagi ada reunion kat sekolah."
"Dah tahu dah,Shahrol dengan Fakhrul tak habis-habis Whatsapp kat bie suruh datang."
"Kita pergi jom." Aku buat suara manja. Manalah tahu Amin sibuk.
"Mestilah pergi. Majlis reunion abang jugak tau."
Aku dah tersengih. Dalam hati dah berjoget mamacita ayayaya dah.
"Thanks bie. Hmm,buat kerja leklok. Jangan nakal-nakal."
"Okay sayang."
Hmmm,lama nya lah Amin Asyraf aku ni kat Langkawi. Sehari macam setahun,dua hari macam dua dekad. Ehhh,auta-auta.
******************************
Aku memasukkan bahan-bahan untuk memasak ayam masak merah kegemaran Amin Asyraf ke dalam troli. Hari ni dia balik. Yeay!Hidung aku terbau minyak wangi lelaki. Siapa ni? Nak buat roadblock kat tengah-tengah Tesco ni pulak. Aku sodok pakai troli ni karang.
"Izara."
Aku mengangkat muka. "Akmal."
"You don't deserve him,Izara. You belong to me. He cheated you." Akmal berjalan menghampiri aku.
Aku gostand slow-slow. "Apa kau ni? Tiba-tiba muncul balik dalam cerita aku ni pahal? Pi kacau heroin citer lain lah."
"No! I want you and only you." Akmal memandang aku.
"But there is nothing ever happen between us." Aku tolak troli laju-laju ke depan. Cepat bayar cepat balik. Huh!
"Amin Asyraf curang dekat awak. Percayalah. Dia dengan perempuan lain kat Langkawi. Perempuan tu pakai tudung labuh dan berpurdah tapi nampak gaya macam diorang dah kahwin je Izara. Pegang sana,pegang sini." Akmal masih dengan usahanya.
Langkah aku mati. Betul ke? Arghh,persetankan semua ni. Aku nak balik dan sambut Amin Asyraf dengan muka yang ceria bukan dengan hati yang syak wasangka.
******************************
Amin Asyraf text aku tadi kata balik lambat. What happen?And now, pukul 3.48 petang and still waiting.
Urgh,menyampah nya lah aku menunggu. Penantian itu satu penyeksaan.
Pintu depan terbuka memunculkan wajah Amin Asyraf.
"Assalamualaikum. Sayang,bie dah balik!" Amin Asyraf mendepakan tangannya sebagai cue untuk aku peluk dia.
Aku pun apa lagi. Bangun dan terus berlari ke Amin Asyraf. Aku jatuh ke dalam pelukan dia.
"I miss you." Suara aku macam nak nangis. Sumpah rindu giler. Aku nangis dalam pelukan dia.
Amin Asyraf mendongakkan muka aku dengan jari telunjuknya. Mata aku bertembung dengan mata dia. Sarat dengan kasih sayang. Oh my!
Amin Asyraf tersenyum lagilah buat aku ketargh lutut. "There,there my sweetheart. Jangan nangis,ni bie dah balik ni. Bie pun rindukan sayang,sangat-sangat." Amin Asyraf memeluk aku erat.
Aku tersenyum bahagia. Sat gi cramp rahang aku,cayalah.
"Bie dah makan? Sayang masakkan lauk favourite abang tau."
Mata Amin Asyraf bersinar. "Iya? Sayang masak apa?"
"Ayam masak merah. Jomlah kalau nak makan."
"Ha,jom. Jom."
Amin Asyraf mengheret aku ke dapur.
"Erm,sedapnya bau. Thanks sayang." Amin Asyraf pegang tangan aku dan cium tangan aku.
I'm melting like a chocolate dried in the sun.
"Makanlah,basuh tangan dulu."
"Ok,sayang. Bismillah..."
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Sorry~ Sorry~ Sorry~
This part is tooooooo short. Way to short tapi saya harap u olls(keluar dh bahasa gediks,hehe) enjoy it.Sape yang suka tu please drop ur comment. I appreciate it,so much!😘
Korang rasa apa akan jadi lepas ni?😕
Saya pun tak tahulah guys...
Jadi teruskan membaca. Share kat kengkawan kalau sudi...hehe.Hit the star button below,please.😘😘😘😘
Love you alls...🙌🙌🙌
Muah cikit,cikit jee...
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...