Part 5 - Perit Kisah Lalu

560 24 2
                                    

Aku pandang kawasan bendang yang terbentang di depan mata ini.

Dari dulu sampai sekarang,kawasan inilah yang dicari semasa hati sedang gundah gulana.

Amin Asyraf. Kenapa dia mesti buat semua benda jadi susah? Dah lah hati aku ni selalu berdebar-debar bila dengan dia.

Tak semena-mena kisah lalu terlayar balik di kaca mata aku ni.

Flashback
Aku berjalan ke arah kantin bersama Ayuni dan Hanani seperti biasa. Dan macam biasa Ayuni cakap dia cuma nak teman je. Cehh,kedekut tu cakap je lah...

Tangan aku direntap dari belakang.

Eh,eh. Dah kenapa ni. Dah teringin sangat nak makan siku aku kowt.

"Woi,Izara. Aku warning kau eh,jangan ko berani-berani dekat dengan Amin lagi." Madihah bagi amaran macam singa betina.

Aku tercengang. Biar betul? Asas kitorang gaduh ni pasal lelaki?

"Ko tak payah risau. Aku dengan Amin bukannya ada apa-apa."

Aku rasa pipi aku sakit. Ramai berkerumun kat tepi. Ayuni dan Hanani datang dekat tapi aku tahan diorang.

Aku...kena lempang?

"Ko ingat aku tak tahu? Kau tergedik-gedik dengan Amin sebab kau nak perhatian dia kan? Well,siapa yang tak suka kat Amin tu. For your information,aku dengan Amin tengah hangat bercinta so ko jangan nak kacau kitorang,faham?! Perampas! Betina sundal!"

Aku tampar Madihah balik. Aku pandang muka dia yang terkejut beruk siamang tu.

"Walau aku macam ni,aku sedar aku sape,Madihah. Aku tahu aku tak layak untuk Amin. Dan aku bukannya perampas atau betina sundal."

"Madihah!"

Amin datang dan mendekati Madihah. Nampak macam baru balik dari surau. Selalunya dia akan solat dhuha time rehat.

"Amin,dia tampar saya." Madihah mengadu sambil memegang pipinya.

Amin Asyraf memandang aku. Aku gerakkan mata kiri ke kanan.

Aku pandang Ayuni dan Hanani. Lepastu aku terus blah.

Aku terus masuk surau dan menangis dalam surau sampai aku ponteng kelas setengah hari. Huh! Sedih.

End flashback.

Air mata aku mengalir. Itulah kejadian paling 'manis' aku kutip time sekolah menengah.

Air mata yang jatuh aku lap guna tangan.

Hidung aku terbau minyak wangi lelaki. Bau ni...

"Assalamualaikum. Termenung nampak. Ingatkan saya lah tu." Amin Asyraf berjalan ke arahku.

Dahi aku berkerut. Celah manalah lelaki ni datang. Bunian pokok pisang ke apa?

"Tak de masa aku nak fikirkan pasal kau tahu." Aku menafikan.

Amin Asyraf pandang muka aku. "Kalau ada sesuatu yang kacau fikiran kau,bagitahu aku. Mana tahu aku boleh tolong leraikan kekusutan yang ada kat kepala kau." Suara Amin Asyraf seperti prihatin.

Kenapa kau tak prihatin macam ni masa aku kena lempang dengan Madihah?

"Masalah. Kau nak tahu apa masalah aku?" Aku sengih pandang Amin Asyraf.

Amin Asyraf mengangguk. Bersungguh.

"Masalah aku adalah...kau,Amin Asyraf." Aku tarik nafas.

Amin Asyraf terdiam.

My Love, My EnemyWhere stories live. Discover now