Aku memasang lampu yang baru beli di Istanbul. Aku pasang kat bilik rehat rumah. Menampakkan suasana yang suam dan romantik.
Aku panjat tangga mudah alih dan pasang pada tempatnya.
"Tingginya." Aku mengomel. Aku jengketkan kaki dan akhirnya dapat jugak.
Bila nak turun,kaki aku tersadung.
"Bie!!!"
"Gotcha!"
Aku bukak mata dan melihat mata Amin Asyraf menatap aku dengan pandangan yang menggoda. Amin Asyraf melemparkan killer smile dia kat aku.
Why?! You're killing me!
"Kenapa? Terpegun sebab ada superman datang selamatkan sayang?" Amin Asyraf smirk.
Aku tergelak. "Ceh,superman...sayang lagi suka Batman lah."
Amin Asyraf muncungkan bibir dia. "Bie jatuhkan karang..."
"Macam berani." Aku nampak Amin Asyraf sengih lagi.
Dia jatuhkan aku tapi tangkap aku balik.
"Argh!" Aku jerit. Aku nampak Amin Asyraf menyengih. "Ishhhh,you ni! Main-main pulak dia." Aku pukul dada dia.
Dia gelak je. Gegar dada dia. Aku muncungkan bibir dan sorokkan muka aku dekat dada dia.
"Majuk ke? Sayang?"
Aku diam.
"Majuk ke? Sayang janganlah macam ni. Susah hati bie nanti." Amin terus pujuk.
Aku buat dunno.
"Sayang~"
Aku buat tak tahu and then turun dari pelukan Amin Asyraf. Aku terus lari ke dalam bilik. Amin Asyraf kejar dari belakang.
"Oh~sayang nak main dalam bilik eh? Ok,bie on je."
Aku dah blushing belakang pintu.
Amin Asyraf menolak pintu dari luar. Aku tahan. Adegan itu berlanjutan selama 2 minit. Lastly,Amin tolak kuat-kuat dan akhirnya dia berjaya masuk.
"Warghhh!" Aku terjerit.
******************************
Aku memegang tangan Amin Asyraf. Kami berdua masuk dan mendaftarkan nama di kaunter pendaftaran. Dah macam nak daftar anak pergi sekolah. Ye larh,buat reunion kat sekolah."Erm,berhenti kejap. Kitorang ada buat photoshoot sebelum masuk ke dewan. Setiap yang datang kena ambik gambar." Photographer tu tersengih kat kitorang.
"Ok." Amin Asyraf terus peluk pinggang aku. Aku blushing.
Flash.
Aku sorok muka aku kat dada dia.
Flash.
Amin gelak.
Flash.
Amin angkat aku. Aku terjerit kecil.
Flash.
Amin turunkan aku. Aku tergelak.
Flash.
Tiba-tiba Amin Asyraf menunduk dan kiss mulut aku. Aku terkejut tapi aku balas. Macam dunia ni hanya kitorang je yang ada.
Flash,flash.
Amin angkat aku dan pusing tapi bibir kitorang tak pernah berpisah.
Flash,flash,flash.
"Sweetnya..."
"Romantik habis..."
"Phewiit..."Aku dengarkan je. At least kitorang dah sah dan masing-masing dalam majlis ni adalah 18 tahun ke atas,kan?
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...