Ada sesiapa pandai buat cover tak. Mana tahu ada yang lagi cantik dari yang saya buat ni...
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※※"Sayang buat apa tu?" Amin Asyraf menghempaskan badannya di sofa sebelah aku.
"Surf internet. Nak cari design baju yang sesuai untuk kita pergi reunion nanti."
"Tak payahlah,sekarang ni fikir..pasal honeymoon kita kat Turkey tu dulu. Sayang dah siap packing?Lusa dah nak pergi ni."
Kepala aku terus berpusing menghadap suami kesayangan aku ni. "Lusa?"
"Yup,bie dah book ticket,penginapan,bla..bla...bla..
Just tinggal kita berdua fly ke sana."Aku membaling bantal kusyen ke arah Amin Asyraf. "Bertuah punya suami. Sekarang baru cakap?!" Aku terus bangun dan naik ke tingkat atas.
Aku dengar Amin Asyraf tergelak kat bawah. Hii,sebab dia lah...hish.Tak pasal-pasal kena rushing packing beg.
Selepas 1 jam rasanya mengemas beg,akhirnya selesai jugak. Fuhhh!
"Sayang,dompet bie mana ya?" Amin Asyraf muncul di muka pintu.
"Hah?! Ermm,entah." Sarcasm betul.
"Sayang~ Cakaplah kat mana~" Suara Amin Asyraf dah start merengek.
Tegak bulu roma aku ni. Hishh, bawak saka ke apa Amin ni? Hish,mintak-mintak janganlah...
"Tak tahu..."
"Cakap. Kalau tak..." Amin Asyraf start sengih.
Oh my god! I don't know what he got in his wonderful mind. Huh!
"Kalau tak apa?" Aku cuba cabar dia. Hehe...
"I'll kiss you and lock the door till morning."
Herm,dah agak dah. "Just sebab dompet tak jumpa je?"
"Yup,kira boleh jadi sebablah untuk..." Amin Asyraf merapatkan bibirnya ke leher aku. "...aum~"
"Stop it! Ada tu,atas meja solek." Aku tunjuk meja solek tak jauh dari tempat kitorang berdiri.
"Thanks sayang."
Akhirnya aku bebas dari menahan diri dari bernafas. Bukan sengaja,secara tiba-tiba. Aku pun tak sedar yang aku sedang menahan nafas.
******************************
Perjalanan dari Malaysia ke Turki sangat memenatkan. Even naik kapal terbang. Aku suka usya pilot-pilot kat airport. Sebenarnya nak usik Amin Asyraf.Bila Amin dapat tahu aku pandang pilot-pilot tu,terus dia peluk aku serapat-rapatnya dengan dia. Sampai senak paru-paru aku.
He's jealous...and cute!
"Bie,lepas check in hotel nak buat apa?"
"Hai,dah tak sabar nak check in dengan bie ke?" Amin Asyraf smirk.
Aku pukul dada bidang dia. Dia menyeringai. "Stop it,you perv."
"Oit,panggil apa tadi? Perv? Gigit karang." Amin Asyraf mencubit pipi aku.
Aku gelak terkekek-kekek. Halahai,kalau dengan Amin Asyraf,rasa macam dunia ni hanya ada aku dan dia je.
"Bie cadang nak pergi jalan-jalan kat pasar. Kita cuci mata. Sayang bolehlah beli cenderahati,bie pulak boleh cari buah hati."
Aku lipat maut jeling kat dia. "Apa?! Buah hati?"
"Whoa,whoa. Maarah nampak?" Amin Asyraf masih bergurau.
"Ok,fine. Nak sangat cuci 'mata'kan? Bye!" Aku besarkan bijik mata aku dan berjalan laju menonong ke depan.
Tapi...aku terlupa. Amin Asyraf tahulah jalan nak ke hotel,aku? Argh,pedulikan dia.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...