Melangkah masuk ke rumah baru which all by mean is rumah Amin Asyraf membuatkan aku terpegun.
Besarnya rumah laki aku ni. 'Muat' ke kalau berdua jee? Entahlah.
"Sayang,inilah ruang tamu,yang tu ruang tamu kedua. Sini pulak meja makan dan sana tu dapur."
Amin Asyraf ni dah macam ejen hartanah pulak gayanya. Bukan awak ni pemilik syarikat binaan ke?
Aku hanya tersenyum. Yang paling best,dapur dia. Dapur yang macam ni lah yang aku nak. Amin Asyraf ni macam tahu-tahu pulak aku minat apa.
"Jom sayang, I'll show you the room." Amin Asyraf mengangkat beg pakaian aku.
Tangan kanannya dihulurkan kepada aku. Aku dengan bahagianya menyambut huluran tangan dia.
Kami berdua naik ke tingkat 2 rumah banglo tersebut. Langkah kaki aku berhenti di hadapan pintu bilik yang paling hujung sebelah kanan.
Pintu bilik itu dibuka Amin Asyraf. Dalam bilik tu ada katil saiz king,sofa,dan set televisyen beserta home theater.
Amin Asyraf duduk di katilnya. "So...this is our room."
Aku mengangguk. "Bilik depan tu ada orang tak?"
Amin Asyraf mengerutkan dahinya. Alahai,nampak comel sangat.
"Kenapa? Sayang tak suka bilik ni ke?" Amin Asyraf buat muka kesian.
Aku gelak dan dia makin monyok. Kaki aku berjalan ke arahnya. Badan aku rendahkan sikit.
Hidung Amin Asyraf aku picit. "Bukanlah. Cuma kalau ada kecemasan."
"Oh,kecemasan apa?"
"Adalah."
"Bagitahulah." Amin Asyraf buat muka budak-budak 5 tahun.
Aku cuma gelak sambil geleng.
"Bagitahu atau..." Amin Asyraf mengugut. Dia buat muka jahat tapi kelakarlah.
Aku tetap geleng.
Tanpa tunggu sesaat lagi badan aku dah ditarik ke atas katil. Belakang badan aku menghentak tilam yang lembut tu dan posisi Amin Asyraf di atas aku.
Hati aku dah berdebar sakan. Jangan kau macam-macam.
Amin Asyraf smirk.
Aku dah gelabah. Dia nak buat apa ni? Nak lari tak boleh sebab dia dah trap aku dengan tangan dia.
Tiba-tiba,pinggang aku digeletek.
"Stop! Stop,please!"
Amin Asyraf terus geletek dan gelak. Ingat lawak? Asyik-asyik nak geletek aku je kerjanya.
Aku buat-buat semput. Tak cukup nafas,oksigen! Berlakon kena nampak real,kan?
Muka Amin Asyraf dah pucat. Aktiviti menggeletek pun dah tamat secara langsung.
Padan muka! Hihi.
Aku diam tak terkutik,mata dah aku tutup. Ajet-ajet pengsan gitu.
"Izara! Sayang! Sayang jangan buat abang macam ni. Wake up,please!"
Badan aku digoncang-goncang oleh suami terchenta aku ni. Bergegar seluruh organ dalaman aku.
Makin lama,makin aku tak dapat nak tahan gelak dan aku pun ketawa terbahak-bahak.
Amin Asyraf terkejut dan buat muka pelik. Lepas 5 saat macam tu baru dia dapat tangkap.
"Oh,tipu abang ya?" Dia buat muka jahat dia.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
Storie d'amoreNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...