Aku terasa mual. Cepat-cepat aku bangun,menolak tangan Amin Asyraf yang melilit di pinggangku dan berlari ke tandas.
Aku memuntahkan segala isi perut di sinki. Ya Allah.
"Sayang..okay tak ni?" Aku merasakan ada tangan mengurut belakang badan aku.
Aku hanya mengangguk. Amin Asyraf menggumpalkan rambut aku dan letak ke belakang.
"Kita pergi klinik nak?"
"Tak payahlah,awak kan kena kerja."
FYI,aku dah berhenti kerja di syarikat AA Holdings sebab Amin nak aku jadi suri rumah sepenuh masa. Huh,boring.
"Betul ni? Saya risaukan awak je ni. Kalau sakit ke apa ke."
"Saya ok,nanti saya makan ubat."
Amin pandang aku lain macam. "Ok tapi kena makan depan saya."
Aku hanya angguk je. Tak larat wehh...
Aku mandi dan turun ke bawah masak sarapan. Lepas tu aku naik siapkan baju untuk Amin Asyraf.
Tiba-tiba ada tangan melilit di pinggang aku.
"I love you."bisik Amin kat telinga aku. Aku merinding kau jah!
"I love you more." Aku pusing dan tangkap bibir dia.
Dia tersengih dalam ciuman kami. Aku perasan. Sebab apa? Sebab aku rasa mulut dia naik sikit.
"Always know that I love you no matter what,okay. Nothing can break us apart." Amin luahkan perasaan dia dengan suara yang menggoda.
Aku senyum. "Ok. Dahlah,pergi pakai baju tu cepat." Aku jeling badan dia. Fuh,iman.
"Kenapa? Tak tahan ke tengok badan bie ni?" Amin gelak.
Sakai betul. Sayang awak kerana awak istimewa.
*****************************
Aku pergi ke farmasi dan terserempak dengan Ayuni kat pintu masuk."Hoi,ko buat apa kat sini?" Tegur Ayuni.
"Astafirullah. Engko ni pown bagilah salam dulu. Hoi-hoi pulak. Orang ada nama lah." Aku tegur dia.
Ayuni sengih. "Sorry-sorry. Assalamualaikum,saudari. Buat apa tu? Yuhuuu~"
"Aku carik cangkul kat farmasi ni." Aku selamba dek je jawab sambil bukak pintu farmasi.
"Oh..." Ayuni follow masuk dari belakang. "Kak,mintak ubat senggugut kak. Saya punya dah habis."
Akak jaga farmasi tu pun hulurlah ubat warna pink tu. "Erm,adik nak apa?"
Belum sempat aku nak jawab, Ayuni dah menyampuk.
"Cangkul ada kak?"
Akak tu pandang pelik.
Aku lepuk Ayuni. "Ko dah kenapa? Maaflah kak,dia memang macam ni. Errr...pregnancy test ada?"
Akak tu senyum dan berlalu ke rak nak ambik pregnancy test.
Ayuni pandang aku dengan mulut terlopong. "Ko pregnant ke?"
Aku geleng." Tak sure lagi."
"Ok-ok,aku nak ko pergi sure kan dulu. Aku excited ni nak jadi mok cik." Ayuni dah terlompat-lompat kecil.
"Ok,jom. Ikut aku balik rumah. Nanti aku test,aku tunjukkan kat kau."
Akak tu pun datang dengan sekotak pregnancy test. "Nak berapa?"
"Tiga cukuplah." Aku keluarkan dompet.
Ayuni tahan. "Biar aku bayarkan."
Aku ucapkan terima kasih kat dia.
Aku drive balik rumah dan Ayuni follow dari belakang. Aku masuk ke rumah dan Ayuni duduk kat ruang tamu. Aku buatkan air dan naik ke atas.
Time to run three test.
Aku keluarkan pregnancy test dari dalan beg plastik dan jalankan ujian....
******************************
Amin Asyraf P.O.V
Aku berjalan ke arah pejabat aku seperti biasa. Aku tegur staf-staf aku macam biasa dan yang tak biasanya adalah bila ada tetamu tak diundang ada kat bilik pejabat aku.Niat dia datang....ish.
******************************
Izara P.O.V
"Arghhhhh!" Aku turun dan Ayuni datang dekat aku dengan muka panik."Awatnya? Gempak bumi ka?"
"Ayuni!" Mata aku berair. Aku hulurkan pregnancy test ketiga-tiganya.
Ayuni tengok dan muka dia berubah lepas tu. "Tahniah,wei! Aku tak lama lagi jadi mak cik lah."
"Aku terharu sangat wei." Aku mengesat air mata yang jatuh.
"Dah-dah. Ibu mengandung tak boleh macam ni."
Kami berdua tersenyum.
Should I call Amin or wait him?
I should wait for him.
******************************
Aku melihat jam di dinding. 10.30 malam.Mana Amin kesayangan aku ni? Tak balik-balik lagi. Risau aku dibuatnya. Aku tunggu dia ni nak makan sesama. Aku masak ayam masak merah kegemaran Amin Asyraf.
Bunyi kereta Amin Asyraf memasuki perkarangan rumah menyapa telinga aku.
Muka aku terus berubah ceria macam mentol ternyala.
Kaki aku terus melangkah ke arah pintu rumah dan bersedia untuk menyambut Amin Asyraf pulang.
Pintu rumah aku buka dan tak sangka Amin bukannya keseorangan.
"Madihah?"
Aku terpaku. Di sisi kereta Amin,Madihah smirk. Hii,nak je aku tonyoh muka dia ni.
Amin berjalan di tepi aku memasuki rumah. Aku kecewa. Amin Asyraf patah balik. Aku angkat muka berharap dia akan cakap sesuatu kat aku.
"Madihah,masuklah." Madihah tersenyum dan melangkah masuk ke rumah kitorang. Sempat pulak tu dia langgar bahu aku. Huh!
Aku melangkah masuk dan Amin mengarahkan aku duduk di kerusi bertentangan dengan dia. Madihah duduk sebelah Amin.
Seselamba badak kau je ek.
"Izara..." Amin kelihatan seperti serba salah.
Aku jadi tak tenang. "Apa dia bie?"
Amin Asyraf mengambil nafas dalam-dalam dan hembus. Mata dia tepat memanah ke arah anak mata aku.
Tangan aku mula sejuk merinding.
"Izara,saya akan nikahi Madihah sebagai isteri kedua."
※※※※※※※※※※※※※※※※※※※
Jeng,jeng,jeng...
Huh,acane?
Terkejut ke idakkk?
Sorry girls,lepas ni saya dera perasaan korang👿
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...