"Ma...Madihah."
Aku terkejut mendengar nama tu. Madihah? Nur Madihah ke?
"Abang Amin, Madihah minta maaf sebab curang dengan Abang Amin dulu. Madihah minta maaf. Madihah nak kembali pada abang dan Diha janji akan setia pada abang sebagaimana abang setia pada Diha." Air mata perempuan itu mengalir.
Aku terkejut. Madihah mintak getback kat Amin?
"Madihah,dah lah. Perkara dah lepas. Dan abang dah cakap yang kita kekal sebagai adik beradik angkat dan tak lebih dari tu." Amin bersuara dengan nada yang lembut.
"No! Tak. Madihah tahu abang masih cintakan Madihah bukan. Kalau abang tak cintakan Madihah,kenapa abang nak kahwin dengan Madihah dulu. Kita masih bertunang abang."
Air mata aku turun dengan laju tapi aku kesat dengan tangan. Kaki aku laju melangkah keluar dari bilik Amin Asyraf dan aku terus berkemas.
Aku nak balik!
Fatin terkejut dan aku nyatakan yang aku nak half day. Fatin hanya mengangguk.
Kaki aku laju je menuju ke lif dan butang lif aku tekan. Lif terbuka dan aku terus masuk. Aku nampak Amin Asyraf panggil-panggil nama aku sebelum lif tertutup.
Air mata aku tak nak berhenti dari mengalir.
Madihah.
Kenapa dia mesti balik saat-saat aku dan Amin bakal bahagia. Dia ingat comeback dia tu akan disorak penuh bahagia macam artis kpop buat comeback ke.
Menyesal pulak aku bagitahu pada mak dan ayah yang aku setuju dengan lamaran Amin Asyraf semalam.
Sekarang nak buat apa?
Aku drive balik rumah dan hempaskan badan aku yang letih ni ke atas tilam di bilik tidur aku.
Letih. Bukan badan tapi otak. Huh!
Telefon bimbit aku berbunyi. Nama Amin Asyraf tertera.
Aku biarkan je telefon tu nak melalak ke nak menyalak ke. Argh,lantak. Hati aku tengah sakit ni.
Air mata aku mengalir. Amin Asyraf tunang orang dan aku ni bodoh pergi terima lamaran dia buat apa?
Mulai sekarang kau kena sedar yang Amin Asyraf bukan untuk kau,Izara.
Tapi aku tak sanggup.
Air mata aku terus mengalir dan akhirnya semua jadi kelam.
******************************
●P.O.V Amin Asyraf●
Aku meramas rambutku. Kusut! Kenapa mesti Diha datang balik? Kenapa?Dan aku mesti dah kecewakan Izara. Sekali lagi. Ya Allah.
Nombor telefon Izara aku dail lagi. Entah berapa kali aku dail nombor dia ni tapi tak berangkat.
Izara,tolong jangan buat aku macam ni. Please don't shut me out.
Kepala aku runsing. Nombor telefon Farish pula yang aku dail.
"Assalamualaikum,kau kat mana tu?"
"Waalaikumussalam,bro. Kat tempat biasalah. Aku dengan Adrian ni."
"Ok,aku datang sekarang."
"Awat suara macam tu? Ada masalah ka?"
"Nantilah aku cerita. Assalamualaikum."
"Waalaikumussalam."
Talian aku putuskan. Sekarang ni aku rasa aku tak boleh nak berfikir secara waras. Hanya Farish dan Adrian je yang boleh tolong aku.
Diorang banyak tolong aku dan kitorang kawan sejak universiti lagi. Tapi diorang buat bisnes sendiri.
Farish bisnes air. Masyukk air dia jual. Trending satu Malaysia.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...