Sorry guys update lambat.🙏
Sibuk nak exam last year lah katakan. 😹 Apa-apa pun saya sedih, My Love My Enemy dah nak sampai penghujung.😭 Tapi tak pe,teruskan menyokong saya dan follow lah saya. (Kalau nak lah😊). Vote for MLME,please🙌. Love you guys.😘
※※※※※※※※※※※※※※※※※
Aku gelak lepas tahu morning sickness Amin ni teruk bebenor. Ayam masak merah haritu last-last aku makan sorang. Berselera aku siap tambah-tambah lagi. Hehe..Aku perhatikan Amin yang baru keluar dari bilik air. Aku senyum.
"Lega dah?"
Amin Asyraf pegang tekak dia. Muka dia berkerut. Haha...
Amin terus lompat atas katil dan baring sebelah aku. Muka dia tersembam kat bantal. Tiba-tiba tangan dia 'menjalar' kat pinggang aku.
"Bie?" Jangan dia..
"Stop! Stop! Please,please." Aku dah tergelak-gelak. Oh my, Amin pusing muka dia ke arah aku dan sengih. That idiot.
"Kenakan bie lagi. Ha,ni makan nya."
"Mana ada kenakan bie. Orang tak buat apa pun." Aku tayang muka innocent.
Amin julingkan mata dia. "Yelarh tu."
Aku tergelak kecil dan pusingkan badan menghadap dia. Tangan aku mula memicit bahu Amin. "Lega?"
"Hmmm.."
Oh my,seksinya suara dia. Arghh!!! Cover sikit,cover sikit.
"Erm,bie~~~" aku melunakkan suara.
"Hmm."
"Hish,dengarlah apa orang nak cakap ni." Aku pukul lengan dia.
"Ye,bie dengarlah. Ni mesti sayang mengidam benda bukan-bukan lagi ni. Hah,kali ni nak apa?" Amin memusingkan badan dia.
"Sayang teringin lah nak bercuti kat tepi pantai. Kita punya anniversary nak dekat dah. Kita pergilah ye." Aku tayang muka comel.
"Hai,mujurlah sayang." Amin gelak. Badan dia bergetar.
Aku bongkokkan badan. Amin telan air liur sebab nampak halkum dia bergerak. Aku senyum.
"Thanks sebab sayangkan sayang." Aku cuit hidung dia.
"Thanks sebab temankan bie." Amin tarik leher aku dan bibir kami bertemu. Kyaa!!!
*************************
Seperti yang Amin janjikan,kitorang bercuti kat tepi pantai. Tapi dalam Malaysia je sebab Amin takut apa-apa jadi kat baby. Nanti lahir-lahir warganegara lain pulak. Tak ke susah nanti?Aku bukak langsir bilik hotel kami. "Weeee~~"
Amin gelak. "Seronoknya dia dapat honeymoon lagi." Badan dia melekap di belakang badan aku. Tangan dia sibuk mengusap perut yang makin besar ni.
Usia kandungan dah 5 bulan,lagi 4 bulan 10 hari,keluarlah baby ni.
Aku senyum.
"Lepas ni kita jalan sama-sama nak?" Aku tanya Amin yang sibuk masukkan beg bagasi dalam almari.
"Boleh,untuk sayang,apa pun boleh." Amin datang dari arah belakang dan peluk aku. Tangannya mengusap perut aku yang dah agak besar.
"Tak sabarnya nak tunggu baby keluar." Aku tersenyum sambil mengingatkan peristiwa mak kalut nak beli barang baby.
Mak....mak...
"Bie pun tak sabar nak jadi papa." Amin cium pipi aku.
Aku pusing menghadap dia,kepala aku lentokkan ke bahu dia.
"Bie,sayang takut lah."
Amin pandang aku dengan muka berkerut. Hihi,cute.
"Kenapa?"
"Sayang takut tak dapat jadi mama yang terbaik untuk baby kita nanti."
"Sayang,bie pun takut jugak. Tapi sayang kena sentiasa ingat yang sayang ada bie. Dan bie pun ada sayang. Kita kan saling melengkapi." Amin Asyraf merapatkan pelukan dia dan cium dahi aku.
Aku angkat kepala dan cium bibir dia. Sekejap,sepintas lalu gitu.
Amin Asyraf buat muka. Dia cium lagi dahi aku.
Aku jengketkan kaki dan cium dahi dia.
Amin Asyraf tergelak.
"Sayang, I love you. So much it's hurt." Mata Amin sarat dengan cinta.
Aku tatap anak mata dia. Inilah pengubat segalanya bagi aku. Penawar dalam hidup aku.
Aku peluk dia lagi. "I love you too. Sampaikan...baby ni ada dalam perut sayang." Aku tunjuk perut aku.
Amin Asyraf gelak. Aku pun gelak.
Arghh,bahagianya.
******************************
Aku pakai selipar sandal dan menuju ke pintu bilik hotel."Bie! Cepatlah,terkedek-kedek. Bersiap cam perempuan." Aku dah tak sabar nak jalan-jalan kat pantai ni boleh pulak dia lama-lama bersiap. Nak kena ni.
"Alah sayang ni. Macam mak nenek je. Tu,elok sangatlah tu muncung itik sedepa. Ingat lawa lah." Amin Asyraf muncul dengan mulut pedas bak cili padi dia.
Aku tergamam. "Mak nenek bie kata?"
"Ha'ah,mak nenek banyak mulut. Mulut apa? Mulut itik." Amin sambung lagi ayat pedas berapi dia.
Aku apa lagi berasap lah. Aku pandang dia atas bawah,atas bawah.
Lawa-lawa ni nak pancing awek lah ni. Mentang-mentanglah perut aku dah ke depan, dah tak mengancam lagi ke.
"Humph,mak nenek pun mak nenek lah. Apa awak nak peduli!" Aku pusing belakang dengan gaya tak puas hati lepas tu blah macam tu je.
Bye-bye!!!
Amin Asyraf yang nampak isteri nya pergi macam tu je ternganga.
Arghh,sudah.
Kalau dia dah start awak-saya tu tandanya merajuk sangat dah tu.
Aku terus cepat-cepat kejar dia.
Doa-doakan aku dapat pujuk dia.
YOU ARE READING
My Love, My Enemy
RomanceNur Nazaratul Syazana dan Amin Asyraf bagaikan anjing dan kucing bila bertemu namun jodoh mereka kuat kerana walaupun mereka berpisah selama 5 tahun mereka masih berjumpa. Hubungan makin sejuk dek kerana direndam dalam baldi ais kemudian 'ter'celup...