Tersungkur

86 12 7
                                    


Waktu terus bernafas dalam paksi kehidupan.
Memakan hayat setiap bernyawa.
Suka duka tercoret dalam helaian takdir.
Lembaran kenangan meyelak di ruang ingatan.

Detik aku tersungkur terjelepuk mengigil tak keruan.
Kejatuhan sebuah keyakinan dan maruah.
Dirempuh ujian yang mengugah peribadi.
Dirampas harapan yang tersisa.

Tuhan!!
Allah.... bantu aku..
Kutip aku dari lembah dosa ini.
Aku mengharap rahmat-Mu.
Jika tidak..
Cukuplah menagih simpati-Mu.

Jika dosaku seluas lautan.
Ku tahu rahmat-Mu seluas langit.
Jika dosaku sebesar langit bumi.
Ku yakin dan pasti bahawa rahmat-Mu melebihi dosaku..

Hujan lebat mengairi kawah kemaksiatan.
Mungkin membawa arus lumpur dosa..
Air mataku luruh seiring rahmat hujan..

Lalu aku bangkit dari tersungkur mengengam sebuat akar keyakinan..

Bahawa tuhan selalu ada bersama kita!

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now