Hidup bagai teka teki,
Yang dibaluti persoalan
misteri akan datang?
Seiring takdir dan tadbir,
Kita memilih pilihan.
Yang dibayangi bayang natijah,
Yang menuntut,
kematangan akal,
Kesungguhan tindakan,
Juga pengharapan dalam meniti garis waktu.Adakala kita terlalu asyik dengan panggilan gemersik dunia.
Hingga kita mengejar bagai lipan tanpa kepala.
Lalu kiblat tujuan berubah arah,
Seiring trend kita berpesta.
Hancurlah hidup badan binasa.
Rupanya tiada apa-apaKerana haluan sudah bercelaru, maka langkah menjadi tempang! kita tersungkur jatuh lalu terbungkam.
Dek serangan angin terlalu kencang?
Atau kita sudah lemah walau angin hanya menyapa?
Kita mula menangis dalam gerimis.
Menyeka airmata, mengesat luka.
Baru terasa, terlalu lama kita membuta dalam kehidupan.
Bukan kerana visualisasi gelap,
Tapi pandangan maknawi yang dibutakan.
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.