Terjaga sang raksasa.
Bersiponggang dalam juzuk manusia.
Sedikit kewarasan dibarah bisikan.
Dibiar kronik semakin parah.
Waras lesap, sedar tersasar.
Hanya raksasa makin menggila.
Membaham tiap elemen fitrah manusia.Makin dimanja dia gagah.
Malar disuap dia kuat.
Kegelapan menular dalam sinar sirna.
Mengugah goyah lantera sejati.
Terputus pintalan harap dari obor keyakinan.
Zulumat membelenggu langsung mengikat mati.Catatan:
B1 Nafsu bangun
B2 Siponggang (gema) dalam setiap urat manusia
B3 akal waras dicemar bisikan nafsu
B4 semakin parah kerana tiada usaha melawannya
B5 kewarasan hilang langsung tak sedar.
B6 Nafsu bermaharajalela.
B7 memusnahkan nilai baik dalam fitrah manusia.Perenggan kedua tu cuba fahami sendiri. Lantera tu maksudnya lampu/pelita (iman). Pintalan tu macam sesuatu yang disulam.
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.