Jauh aku menyimpang di persimpangan.
Apa yang ku cari bersama andaian semata.
Andaian yang seolah pasti.
Sebenarnya bayang belaka
Tak mampu disentuh rasa.Menjauh hati ini.
Dari rasa terasa.
Seolah lelah dengan permainan dunia.
Jauh di dasar hati sebenarnya.
Ada kerinduan yang dipendam.
Merindu saat tenang dalam khalwat.Jauh jua kecelikan hati ini.
Tentang kesedaran dan kehambaan.
Tentang kewujudan dan keyakinan.
Sudah terlalu jauh.
Menjauh dari belaian Tuhan.Sejauh mana radar hidup tersasar.
Percayalah dari hati kita yang dalam.
Tentang kasihNya yang maha luas.
Kerana Dia selalu ada kepada kita.
Jangan berhenti harap dan usaha.Inna Allah ha Ma'ana..
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.