Mungkin aku hanya kepulan lembar kenangan.
Direnyuk lalu terbuang.
Dibawa angin malam.
Tak terlihat dipandanganmu.
Kau buang aku seperti sampah.
Disepak bersepah.
Tiada apa-apa..
Hanya sisa kenangan atas kertas.
Yang dakwat coretnya luntur bersama air hujan.
Maruah aku dibakulsampahkan.
Lagaknya seperti aku yang merayu pujuk.
Sudahlah..
Aku tak mahu jadi sampah umat pula!
ANDA SEDANG MEMBACA
Angguk Ke? Geleng
PoesiaSebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.
