Titik keinsafan

31 6 1
                                    


Titis dingin itu membekas di hati.
Yang kian lama tandus kekeringan.
Sejuk tenang meresap perlahan.
Disapa hembus angin lembut malam.
Dalam tadahan mengemis demi sebuah penerimaan.

Titis insaf mula bersyair dalam rasa.
Irama syahdu yang sarat kerinduan.
Membuai jiwa di awangan tenang.
Terbang dalam cahaya Ar- Rahim.
Mendebar sukma mengegar atma.

Untaian lafaz diharumi keakraban.
Bisikan rindu menghembus harapan.
Hilang seketika di dunia fana.
Fana seketika di alam rasa.
Rasa hamba kepada Tuhan.


Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now