Melebur Takbur

66 12 4
                                    


Angkuhnya dia berjalan!
Mendongak bagai tak nampak jalan.
Tiada sekelumit senyuman.
Kembang dadanya mengagungkan.
Memperaga persona, dahaga sanjungan.

Yang betul dia saja?
Tegur nasihat dicantas.
Memuja muji diri sendiri.
Seolah dia sempurna tak ada cela.
Jangan ambil selendang tuhan!
Kelak binasa dihimpit murka.

Kerana mata dah kabur.
Rambut dah gugur.
Gigi berterabur.
Sejuk dah tanah kubur.

Akhirnya lebur jua tembok takbur!

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now