Ada kemilau warna indah.
Ku kejar.
Terlalu indah! Sehingga aku lupa langkah hidupku.
lalu terjatuh dalam gaung.
Juram dalam kelam, gelap tanpa secebis cahaya.
Meratap melolong tak berguna.Dalam samar terlihat.
Ada tali?
Ada permata?Tapi mencurigakan?
Tak.. tak boleh!
Aku perlu cahaya.
Aku mahu cahaya.
Bukan emas?
Bukan ringgit dollar!
Bukan itu semua!Airmata menderas, tenggelam dalam kesal sepi.
Dalam tafakur panjang...
Rentak istighfar bersama nafas.
Cahaya yang ku damba mula kunjung.
Perlahan menerangi segenap pelusuk jiwa.Ku sangka tali rupanya ular berbisa.
Ku sangka permata rupanya kaca menghiris.!
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.