Ke mana kamu wahai diri?
Asyik menghias kain pakai,
Sedang kafan tak pernah leka ditenun sang kematian!!Ke mana kamu wahai diri?
Sibuk kejar urusan dunia,
Sedang kubur tak lelah melambai.
Menanti untuk didiami.Ke mana kamu wahai diri?
Rakus mendaki darjat sanjungan.
Sedang kehinaan sentiasa akan menimpa,
Samanya seperti namrud firaun.Eh mana kamu?
Aku mahu lari dari kesakitan dahsyat.
Larilah di hujung dunia sekalipun!
Tempat akhirmu pasti di liang lahad jua.Ke mana kamu diri?
Aku tak ke mana mana.
Hanya sekadar saja.
Benarkah?
Air matamu mengalir?
Tuluskah tangismu??Ke mana kamu wahai diri?
Aku mencari diri sendiri..Aku tak ke mana mana..
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.