Dalam mendapan kehinaan
Masih wujud untaian harapan
Cuma terkambus keadaan
Dalam melewati perjalanan
Debu beterbangan di angkasa
Persisnya dahulu giat si pendosa
Tiada arah haluan dirasa
Kerana gamaknya ingin merasa.
Kerana dahulunya dia seperti debu,
Sering menangis hingga sebu,
Lalu ditarik hulurnya,
Keluar dari mendapan kehinaanya.
Dahulu debu yang termendap dalam lopak gelap,
Kini permata yang bersinar digilap,
Sungguh debu kelihatan kotor.
Bukankah debu juga menyucikan?
Catatan:
Rangkap pertama memgisahkan tentang debu yang masih tenggelan dalam mendapan lecah,
Lecah ibarat belenggu maksiat.
Namun masih ada secebis harapan kebaikan.
Rangkap kedua tentang debu tadi beterbangan mencari arah yang tak berarah.
ANDA SEDANG MEMBACA
Angguk Ke? Geleng
PuisiSebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.
