Fikir Zikir

72 7 5
                                    


Merenung alam luas terbentang.
Mata mengamati awan berlabuh tenang.
Kadang tipis kadang menebal kelabu.
Hijauan menghampar.
Opera alam berlagu.
Membawa akal menyelam makna ciptaanNya.
Sungguh hebat!
Maha hebat!

Lalu fikir ligat terus menyelam menjentik hati.
Hati ambil peranan,
Merasai kemahaAgungan Al Khalik.
Membuai hati dalam alunan zikir.
Airmata menoreh pipi.
Meremang bulu roma,
Tegak menyanjung rasa.

Fikir dan zikir berpadu.
Menjadi satu terus utuh dan teguh.
Menjejak bumi menjunjung langit illahi.
Menorobos limitasi mencapai infiniti.
Kerana fikir zikir menujah kekuatan insani.

ALLAHUAKHBAR!

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now