usah usia dipersia

40 8 1
                                    


Seberapa lama lagi usia kita?
Pasti tak seorang pun tahu bila akhir nafas kita berhenti.
Hari ini, esok, lusa, minggu hadapan?

Terlalu asyik kita mengejar kuantiti hidup hingga kita tak sedar untuk memaknai kualiti hidup.

Jangan ditangisi kekesalan kelak.
Sakitnya membunuh.
Tangisi kekesalan detik ini,
Sakitnya mengubati.

Usia jangan dipersia.
Datang sekali,
Perginya jua sekali.

Hiasi masa dalam kebaikan tulus.
Kita tak tahu sezarah kebaikan membawa redhaNya.
Teruslah dalam kebaikan walau keburukan sentiasa memburu.
Tegar dan genggam kebenaran.

Allah beri dua pasang mata,
Satu untuk melihat kebaikan mereka,
Satu lagi untuk melihat keburukan sendiri.
Agar meneladani dan bermuhasabah.

Moga kita tak mempersiakan usia ini!

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now