semalam

41 10 12
                                    


Betapa legam ragam kenangan itu,
Sering membuai minda mecubit deria sesal,
Lalu yang kini,
Ruang peluang ini.
Ditiup angin leka.
Kerana tragedi semalam.
Kemekaran juang menguncup lalu tertutup.

Semalam jua adalah sisa kehidupan yang dilalui..

Membekas sekali acuan kenangan itu.
Perilaku jua dibayangi kisah lalu.
Lukanya menampal parut,
Nodanya membekas busuk,

Semalam untuk iktibar,
Hari ini peluang,
Esok mungkin harapan,

◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎◎

لا يستطيع أحد إرجاع الزمن إلى الخلف وبدء حياة جديدة، ولكنه يستطيع الآن أن يضع بداية جديدة ليسطى نهاية جديدة 😄

Tiada seorang pun mampu untuk kembali ke masa lepas untuk memulakan hidup baru, akan tetapi dia mampu menggunakan masa sekarang untuk mencipta permulaan yang baru untuk melakar pengakhiran yang baru 😄

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now