Aku penat dengan kebersamaan.
Kasih sayang sepertinya plastik.
Bertoksik!
Tangan berpaut tapi hati sebenarnya tak wujud.
Banyak sebab musabab tak berasas! tak kukuh! dalam jalinan kebersamaan ini!Mungkin kerana aku tak ikhlas?
Mungkin tak cukup ikhlas?
Atau..
Ikhlas yang kalau ada pun teruji?Aku seperti di sangkar dalam kebersamaan ini?
Nampak selamat tapi tak aman..Sampai bila aku terus dalam kebersamaan yang tak sama rentak langkahnya.
Haluan minda bersimpang siur,
Gelojak rasa bergelegak tak tenteram!Kuatkan aku dalam kebersamaan ini, Kerana ni realiti yang kena aku tempuhi.
Mungkin sendiri itu tidak lagi dalam kamus hidupku.
Aku rindu 'sendiri'
Sendiri itu kerinduanku...Sendiri aku bersama Dia.
Rasa hadirnya Dia.
Lebih akrab.
Mesra.Sunyi yang aman!!
Datanglah lagi.
Aku rindu sunyi yang tenang itu.
Riuh ini membunuh kesedaran jiwaku.Aku penat memegang ikatan kebersamaan......
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.