Tentang Islam

132 14 4
                                        

Angin dari tanah gersang.
Menghembus ketandusan.
Jiwa arab tika itu.
Gelap tanpa cahaya.
Berhala disembah.
Masyarakat berstrata.
Assabiyah dijulang.
Wanita dijalang.

Khataman nabiyyin lahir.
Menyinar Rahmat seluruh alam.
Iqra...
Ya Muzammil..
Ya Mudasstir..
Wahyu dijunjung.
Akhlak tersanjung.
Namun perjuangan selalu tersadung.
Hijrahnya ke Madinah Munawwarah.

Kerana kasihnya yang luas.
Segalanya terkorban.
Demi cahaya abadi,
untuk sampai kepada kita hari ini.

Ketahuilah...
Cahaya itu disuburi
Air Mata
Keringat
Darah

Ummati..
Ummati..
Ummati...



Angguk Ke? GelengCerita yang buat anda obses. Terokai sekarang