ALLAHUAKHBAR...Segala sesuatu terasa kecil lalu terpaling.. dari keagunganMu dalam memuji kebesaranMu.
Alfatihah dibaca dalam bicara kasih hamba dengan Pencipta.
Saat Bismillah dibaca.
Nada sayu dihujung mim..Bismillahirrahmanirrahim..
Aku mula tersentuh kerana maha luasnya Kasih SayangMu..
Tak sedikit engkau lupakan kami dalam nikmat hidup ini.
Lalu tenggelam aku dalam kasihMu yang maha Agung...Alhamdulillahirabbilalaminn..
Ayat kedua dibicara dalam nada memuji lalu mengharukan..
Aku terharu sedu sebak dalam rasa ini lagi.
KeMahaAgunganMu dilafaz meliputi semesta alam.Aku mula menangis sebelum sampai luahan ayat seterusnya.
Arrahmanirrahim...
Airmata mula mengalir sedikit mengaluri pipi..
Maha Sayangnya engkau..
Dihujung mim nadanya lagi syahdu mendayu.
Aku terkedu dalam sebak yang meyeksakan.
Jahatnya aku tak pernah nampak kasihMu..Maalikiyaumiddin...
Hatiku bagai dipalu. Terbentang bayangan mahkamah agung dalam hisab manusia..
Menggeletar tubuhku.
Selamatkah aku dalam pengadilan yang maha benar itu?
Seperti tiada harapan..
Tangis menyesak dalam esak...Iyyakana'budu waiyyakanassta'inn..
Allahh!!
Allahh!!
Allahh!!
Dalam tangis aku rayu namaMu!
Hatiku sujud saat ini ya Allah..
Dengarlah suara hina ini!
Segala harapan ku angkat. Lalu ku serah semuanya dalam rintih ketidakupayaanku..
Hanya Engkau sahaja ku memohon pertolongan..
YOU ARE READING
Angguk Ke? Geleng
PoetrySebuah persembahan kata yang didominasi puisi. Juga ada kispen, certot, atau curhat, yang paparkan dalam bentuk kata bermakna.