Rentak perjuangan.

152 18 4
                                    


Rentak nafas terus rancak.
Merembes serotonin, mencetus optimis.
Irama juang bergema di jiwa.
Mengegar teruja membangkit semangat.

Nafas sudah tenang..
Tapi rentak jiwa mulai rancak.
Menyala semangat hangat.
Menghangit kemalasan diri.
Hingga tak kenal siapa itu Lelah..
Irama juang semakin memuncak.

Kesedaran dari lentok kelalaian.
Dihambat hebat kewarasan rasional.
Melakar pelan strategi iltizam.
Demi sebuah cita yang tak pernah padam!

Ayuh!
Bangkitlah teman!
Jangan hanya mendagu berangan.
Jangan hanya lena bermimpi.
Bola bergolek pun ditendang?
Kertas melayang pun dihembus angin?
Inikan pula sebuah matlamat..

Terus terbang bersama rentak juang!
Agar kita tidak jatuh terbuang.
Tidak ada masa terluang.
Untuk orang berjuang.
Kerana sentiasa ada ruang dan peluang!
Selamat berjuang para pejuang!!!

Catatan:

Bola bergolek n kertas melayang tu peribahasa selalu kita dengar kat sekolah. Just dicelup dengan ayat puitis..

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now