Pelampung emas.(certot)

42 4 2
                                    

Seorang peniaga menjual pelampung kerana dia lebih tahu dan arif tentang kampung itu namun musim cuaca kampung tika itu panas sepanjang tahun.

Lalu peniaga menjual pelampung tadi walaupun dalam keadaan panas terik. Tujuannya semata untuk kebaikan akan datang.

Seorang lelaki yang ditemui oleh peniaga seperti acuh tak acuh dengan barangan yang di jual.

"Kenapa jual pelampung ni ? Tak ada fungsi pun" mengejek bunyinya.

Namun peniaga itu masih tersenyum dan terus memujuk untuk membeli pelampung tersebut.

"Abang belilah.. kalau abang beli saya bagi payung percuma." Tampak bersungguh lelaki itu.

"Eh tak nak lah. Tak penting pun. Nak buat apa?"

Lelaki itu berlalu pergi meninggalkan peniaga.

Namun, Ada segelintir penduduk kampung membeli pelampung peniaga itu

********

Hujan menjunam deras, guruh berdentum seolah meradang. Mungkin banyak kerosakan alam sudah berlaku. Barangkali itu sebabnya.

Selang beberapa minit. Banjir mengganas menelan perumahan kampung itu. Dari celah arus banjir, seorang lelaki terkapai dalam arus kuat. Sebahagian penduduk kampung yang memakai pelampung selamat dalam amukan banjir.

Lelaki itu hanyut dibawa arus tenggelam dengan kesal kerana 'pelampung emas' tiada saat itu.

Tamat

Penerangan:

Pelampung - agama yang benar.
Peniaga - para pendakwah yang menyebarkan amalan agama atau menyampaikan nasihat.
Lelaki- hati buta dan tak terima nasihat.
Banjir- alam akhirat sebelum syurga neraka.

Catatan:

Sesuatu yang tak bernilai akan bernilai dan sangat penting apabila ia diperlukan saat itu. Biar menangis di dunia asal tidak menangis di akhirat.

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now