Aneh

39 8 7
                                    


Anehnya orang mahu bahagia?
Diperah kerah seluruh kudrat muda
Hingga afiat terabai di senja usia.
Untuk sebuah kemewahan.
Kelak nanti afiat ingin dibeli kembali.
Sayang sungguh!
Hanya membaiki sisa hidup yang sakit memanjang.
Cuma menopang keuzuran jasad.
Apatah lagi rohaninya.
Mati dahulu sebelum nazak badannya.

Aneh juga bahagia yang hakiki?
Digosip masyarakat ehwal hayatnya.
Hingga dicemuh atas alasan zuhud?
Lalu bahagia diertikan dengan status kedudukan.
Namun tulus dia meniti di jalan lurus.
Zahir terlihat dia sengsara menempuh arus.
Hakikatnya hamparan syurga tersulam indah dalam jiwanya.

Benarkah aneh bahagia hakiki itu?

Angguk Ke? GelengWhere stories live. Discover now